Ketahui Sepuluh Perkara yang menyebabkan blog anda tiada pembaca.

Monday, December 28, 2009

Saya ni orang baru dalam dunia blog-memblog. Rasanya terlalu banyak yang perlu saya touch up. Kena tau apa tu widget, apa tu SEO, apa itu HTML, PHP dan macam2 lagi singkatan yang sewaktu dengannya. Jadi dalam mencari ilmu-ilmu yang terasa begitu canggih, saya pun melayari internet mencari apa saja ilmu yang dikongsi oleh rakan rakan blogger yang lain. Maka terjumpa la satu blog yang saya kira menarik. Tajuknya adalah "10 reason why your blog sucks". Penulisnya adalah Edward Khoo.

Ini yang dikatakan penyebab mengapa blog kita tak dapat menarik trafik ke blog kita.
  1. Penulis blog menggunakan bahan-bahan atau artikel yang telah di gunakan oleh orang lain. Kira kaedah "Copy and Paste" lah ni. Ambik dan pakai je..(ha ah, macam yang saya lakukan la ni kot) Cuma saya belajar sambil berkongsi.. :D Jadi menurut penulis artikel tu, isi kandungan blog perlu la unik untuk menarik perhatian pembaca.
  2. Blog yang kita paparkan adalah membosankan. Menurut penulis artikel itu, apa yang menarik minat kita tak semestinya menarik minat orang lain. Jadi untuk membawa pembaca ke laman blog kita, kita kena tulis apa yang diminati oleh orang yang berada di luar sana, yang membaca blog kita.
  3. Isi kandungan blog yang sentiasa menyentuh cerita ceriti berkaitan tentang diri kita sahaja. Bak kata omputih " The world revolves around you only". Jadi lebih baik berkongsi maklumat atau cerita. Jadi kena lah buat research sikit.
  4. Lagu kesukaan kita bermain di laman web sebaik sahaja pembaca membukanya. Tak semestinya semua orang merasa tenang bila membaca isi blog dengan lagu metal berkumandang tanpa diundang dan tidak dapat dikawal. 
  5. Gambar yang digunakan untuk menghias blog adalah gambar-gambar clip art yang tidak menarik dan sudah tidak up to date. Yang penting ianya tidak ada personal touch.
  6. Kesukaran mencari hasil nukilan dan perlu skrol turun sepanjang-panjang laman blog untuk mencari artikel yang dikehendaki. Jadi yang pastinya, lepas ni saya juga perlu mengkategorikan artikel atau penulisan saya, samada mengikut tag atau mengikut tarikh.
  7. Bahan blog yang dipaparkan teruk. Bukan kerana ia tiada isi kandungan atau stail penulisan yang tidak baik, tetapi kerana kesalahan tatabahasa dan ejaan mencacatkan lagi keindahan blog. Ini lebih nyata apabila kita menulis dalam Bahasa Inggeris. Mungkin jika kita menulis dalam Bahasa Inggeris, adalah lebih baik jika kita "proof read" kan bahan tersebut sebelum mengeluarkannya.
  8. Menulis tentang perkara yang sama dengan beribu orang lain di dalam internet. Kita digalakkan menulis perkara yang menarik perhatian. Bak kata penulis artikel asal ni - Write something interesting OR GO HOME!
  9. Post yang ditulis hanya dibuat sebulan sekali atau jarang menulis. Pengikut blog tidak akan menyemak blog kita sebulan sekali. Kemungkinan besar "pelayar blog" akan berhenti menyemak blog kita setelah 2 -3 kali dilihat tetapi blog tetap tidak di updatekan.
  10. Blog kita serupa dengan blog berjuta-juta bloggers yang lain. Cari sesuatu yang unik bagi memberikan penampilan yang lebih menonjol kepada blog anda. 
Jadi seperti segala benda di dalam hidup kita, kita perlu lakukan yang terbaik dan lain dari yang lain supaya hasil yang kita berikan itu mendapat perhatian dari orang ramai. Jadi apa lagi. Jom kita sama- sama memperbaiki blog yang kita ada agar menjadi sesuatu yang luarbiasa..Wow!



     

    Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
    Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada