Munculnya 2010

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010 akan muncul tak lama lagi. Tak sampai 12 jam lagi. Terasa betapa singkatnya masa berlalu. Dalam setahun pelbagai perkara berlaku. Ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan.

Yang gembira - kehadiran ahli baru dalam keluargaku, Muhammad Danish Haiqal yang berusia 6 bulan pada 010110. Anak sulungku yang tidak berapa menonjol dalam pelajarannya, ada menunjukkan perkembangan positif dalam peperiksaan hujung tahun 2009. Ibu mertuaku akhirnya dapat membina rumah idamannya ditanah sendiri. Tidak perlu lagi duduk di teratak kayu yang sudah hampir roboh itu, bersendirian. Bila rumah batunya dah siap, rasanya anak2 mertuaku boleh la bekerja jauh dengan hati yang lebih tenang.

Yang menyedihkan pembantuku selama 3 tahun pulang untuk meneruskan hidupnya dan mencari ilmu untuk berjaya. Terasa kehilangan peneman. Aku pula terpaksa berjauhan dari ibu bapaku.

Assam garam kehidupan. Itulah putaran alam. Satu tahun berlalu. Aku belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri untuk kemajuan. Waktu untuk bermuhasabah sebelum tahun 2010 tiba. Insyaallah, aku akan menjadi yang lebih baik pada tahun 2010.
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada