Amarah Merbahaya!

Wednesday, January 27, 2010

Tadi masa nak hantar barang melalui servis kurier, my kid and I tak pasal2 tengok satu adegan kena marah for free. Masa tu kitorang baru je duduk nak tulis alamat and timbang pakej yang nak dihantar tetiba ada sorang lelaki ni masuk dan terus bersuara dengan kasar. tak sempat tutup pintu betul2.
Dailog dia lebih kurang macam ni la:

Pelanggan: Ni saya datang ni nak tanya mana barang saya ni. (sambil serah kertas yang tertera no kurier dia)

Kerani : Barang apa tu encik? (kerani menyambut kertas yang di hulurkan)

Pelanggan : Macam mana ni? Barang tu hantar 15hb hari tu. Tak sampai2 lagi ni. Dah setengah bulan tak dapat2. (mengekori kerani yang layan kitorang tadi ke meja berkomputer berhampiran)

Pelanggan : Apasal? Tak jumpa ke barang saya? (kerani tu tengah menaip dalam sistem kot mencari status barang encik tadi tu)

Pelanggan : Hemm, patut la tak jumpa. Tempat ni berselerak. Mana nak cari barang2.

Kerani tu diam je. Kitorang ni pulak buat2 tak dengar dan terus mengisi maklumat kat borang penghantaran tu. Beberapa minit lepas tu kitorang dengar gak lah lelaki tu membebel lagi tapi dah malas nak ikut lagi perbualan diorang sebab pada pandangan telinga saya bila lelaki tu suarakan komen terakhir tadi, dia dah mula nak serang kerani tu.

Last last kerani tu dapat track jugak barang pelanggan tersebut. So bila dah dapat ingatkan dah settle, end of story. Rupanya encik pelanggan ni masih lagi tak puas hati. Bolehnya dia sambung

Pelanggan : Mana nak cari barang kat sini. Cari barang tah tah jumpa anak tikus. Takde sistem langsung. Barang bersepah merata. Bangkai anak tikus pun tak leh jumpa cari kalau cam ni.

Wah! Dalam hati ni terdetik, adus! Ini dah kira mengutuk habis ni sampai lupa kitorang ni ada kat dalam bilik tu.

Kerani : Encik kalau nak komplen, komplen la kat Head Ofis kitorang kat PJ nu sana. Kat sini ni bukan tempat komplen. ( suara kerani tu pun dah keras semacam)

Pelanggan : Hah! Nak komplennya apa! Dah memang sistem kat sini tak bagus. Kata servis cekap tapi barang tak sampai pun. Servis bagus apa camtu.

Pelanggan tu keluar. Dekat luar bolehnya dia marah worker servis kurier tu yang tengah buat kerja dengan suara yang kuat. Dan dia naik kereta dan terus blah. Kerani tu semacam lak sebab kena layan kitorang pulak lepastu. Kesian dia. Emotional gak kerani tu sebab tak lama pastu dia tinggalkan kitorang ni macam tu je. Nasib baik ada orang lain kat dalam tu, jadi pakej kitorang diuruskan jugak la.

Tapi sebelum kitorang balik, kerani tu keluar dan mintak maaf pada kitorang. Nak kata apa. Kok ye nak marah pun, biarla tengok situasi dan suasana sekeliling dulu. Biarla jadi professional dan bukannya emotional sentiasa.

Dalam kereta saya pesan pada anak saya yang menyaksikan dan mendengar semuanya, kalau marah macam mana pun ingat tingkah laku, ingat kata2 yang keluar dari mulut. Jangan sampai malukan orang lain.


Betul ke guru ni pembiak?

Monday, January 25, 2010

Hari ni isu paling membakar jiwa ni adalah tajuk utama akhbar Kosmo. 
Guru Pembiak budaya Saman!
Wah! Hebat sungguh. Diri ni pun mula lah tertanya, Eh! Dah ramai sangat ke cikgu yang saman menyaman sampai orang ni boleh cakap camtu? Apesal aku nih tak tau? Kalau tak boleh la aku join sekali..


Laa, bila mula baca rupa2 nya yang dikatakan pembiak ni atas kiraan dua tiga orang.. Aihh, kenapa kena kata pembiak budaya saman? Hanya kerana dua tiga orang guru yang cuba dapatkan hak mereka sebagai pekerja dari majikan diorang? Kalau kes pekerja yang saman majikan dari pihak swasta, tak dengar pulak dipanggil pembiak? Ibu bapa yang datang sekolah serang guru, tak pula highlight di akhbar dan dikatakan pemula budaya "melawan cikgu" yang rata2 di ikuti oleh anak2 mereka tu. Bagaimana pula anak2 murid melawan cikgu, menyerang cikgu, merosakkan harta benda cikgu mereka? Takde pula di gembar gemburkan. Kenapa? Sebab orang akan kata salah guru2 juga. So, ini satu keadaan no win situation, bukan?

Rasanya sebelum ni pun dah ada ramai orang lain yang saman menyaman antara satu sama lain atas sebab2 yang laaagggii tak munasabah. Kenapa tak kata mereka tu pembiak?


Mungkin pada pendapat ramai tindakan mereka itu bukanla yang paling tepat. Mungkin, mereka telah cuba semua saluran yang kurang provokatif dan menemui jalan yang buntu. Tiada sape yang nak bantu mereka untuk mendapatkan hak mereka. Tiada penerangan yang cukup memuaskan hati mereka atas tindakan yang menekan mereka itu. Sesiapa pun kalau ditekan dan dipaksa, akan membuat sesuatu di luar jangkaan. Tiada sape yang boleh jawab teka teki "kenapa". Mesti bila guru2 ni buat keputusan menyaman, ianya bukan satu keputusan yang di ambil sekelip mata.  


Yang pasti tak semua guru akan ambil tindakan itu. Jika dikira peratus guru yang berani untuk berbuat demikian, peratusannya, alahai..sekelumit cuma..dari beribu-ribu guru. 

Hairan betul..

cikgu-dulu-vs-cikgu-hari-ni by Zack Zukhairi

Bila cikgu tak nak masuk kelas

Thursday, January 14, 2010

Pengalaman di sekolah, dahulu dan sekarang.


Dulu, aku dan rakan2 ku takut untuk kurang ajar dengan cikgu. Apa yang cikgu suruh sentiasa di ikuti. Kalau cikgu jegil mata sikit, kami dah kecut perut. Kerja sentiasa cuba di buat sebelum hari esok. Kalau cikgu ada di dalam kelas, samada cikgu itu mengajar atau tidak, kami tidak berani untuk membuat bising dan berkeliaran di dalam kelas tak menentu. Apatah lagi untuk keluar dari kelas dan berjalan jalan tanpa hala tuju.

Kini, aku lihat anak murid ku, terdetik di dalam hati ku, kenapa susah sangat mereka nak dengar kata? Kenapa mereka berani melawan kata2 ku. Memang tak semua tapi bila ada yang nakal, memang nakal sungguh.. Kali pertama anak murid ku berbalas kata dengan ku, timbul rasa kecewa dan sedih yang tak terkata. Pelajar itu juga mencebik mukanya pada ku. Rasanya dulu kalau cikgu marah kita bermakna memang kita yang salah dan perlu dibetulkan. Setelah pulang ke rumah ada juga aku muhasabah diri, mana tau aku yang bersalah memarahi pelajar tersebut tanpa usul periksa. Tapi aku pasti, aku telah cuba membuat teguran berhemah terhadap pelajar tersebut, menyuruhnya diam dan membuat kerja yang aku suruh. Tidak juga di dengar. Apa yang aku perlu lakukan?

Sampai ke hari ini aku tak dapat lupa perasaan aku pada waktu itu. Rasa seperti tak nak masuk lagi kelas itu untuk mengajar. Tapi itu kan tugas ku, periuk nasi ku. Setiap kali aku masuk kelas tersebut, aku berat hati. Sejak hari itu, timbul rasa tidak peduli terhadap pelajar2 yang membawa masaalah di dalam kelas ku. Walaupun aku rasa bersalah, aku terpaksa abaikan mereka kerana yang ada potensi mula terganggu dengan kerenah mereka itu. Entahla, suka tak suka aku pergi juga kelas. Stress tak stress, aku masuk juga mengajar.

Aku rasa aku yang perlu jadi lebih "menyeronokkan" dan "lebih menceriakan" keadaan kelas ku. Biarla aku mencari ilham bagaimana untuk menjadikan Matematik itu pelajaran yang menarik di dalam kelas ku.

Beli Lampin Kain untuk Si kecil

Tuesday, January 12, 2010


Beli lampin kain untuk Si comel anda. Dapatkan Lampin Kain jenis Gfh ini pada harga berpatutan - TANPA caj penghantaran. 

Setiap set mengandungi satu lampin kain bersama DUA insert.



Dengan pilihan warna yang menceriakan dan yang pasti lampin kain ini selesa untuk di pakai. Untuk keterangan lebih lanjut bolehla ke link saya ini, New Cloth Diapers
Terimakasih kerana telah memberikan sokongan kepada saya. Saya amat menghargainya..

Cerita Hari Ahad ku

Sunday, January 10, 2010

Ahad - 10 pagi. Terengganu -anak-anak bersekolah hari ni. Alhamdulillah anak-anakku pagi ini mudah dikejutkan untuk bersiap ke sekolah walaupun tidur agak lewat malam semalam. Terlalu ghairah bermain setelah dua hari cuti hujung minggu agaknya.



Anak lelaki ku baru potong rambut. Nampak kemas dan hensem gitu. Anak perempuan ku pula aku iringi dengan surat untuk guru Bahasa Inggeris yang mencubit anakku kerana tidak membawa buku teks. Bertanda badan anakku dicubitnya. Ada juga rasa hendak menyerang guru tersebut tapi aku pasti tindakan guru itu ada hikmahnya. Takpelah, yang pastinya hari ini aku kirimkan surat untuk guru tersebut memohon maaf atas "kesilapan" anakku. Moga hari ini anakku dilayan dengan lebih baik lagi.


Mulai minggu ini, pihak sekolah akan memulakan Kelas Fardhu Ain (KAFA) untuk murid-muridnya. Buat masa ini tiada di sebut tentang bayaran. Mungkin pihak sekolah ingin melihat kedatangan pelajar di waktu petang nanti. Berbeza dengan KL dan Selangor, jika anak-anak ingin belajar KAFA makanya ibu bapa kenalah pandai-pandai mencari tempat untuk menghantar anak ke KAFA. Dan dikenakan pulak bayaran yang agak tinggi. Maklumlah, kelas-kelas begini biasanya swasta. Jadi perlulah bayar lebih untuk menampung sewaan premis dan sebagainya. 


Apa-apapun, aku berharap anak-anakku dapat mendalami ilmu yang diajar guru di sekolah nanti, insyaallah.


 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada