Amarah Merbahaya!

Wednesday, January 27, 2010

Tadi masa nak hantar barang melalui servis kurier, my kid and I tak pasal2 tengok satu adegan kena marah for free. Masa tu kitorang baru je duduk nak tulis alamat and timbang pakej yang nak dihantar tetiba ada sorang lelaki ni masuk dan terus bersuara dengan kasar. tak sempat tutup pintu betul2.
Dailog dia lebih kurang macam ni la:

Pelanggan: Ni saya datang ni nak tanya mana barang saya ni. (sambil serah kertas yang tertera no kurier dia)

Kerani : Barang apa tu encik? (kerani menyambut kertas yang di hulurkan)

Pelanggan : Macam mana ni? Barang tu hantar 15hb hari tu. Tak sampai2 lagi ni. Dah setengah bulan tak dapat2. (mengekori kerani yang layan kitorang tadi ke meja berkomputer berhampiran)

Pelanggan : Apasal? Tak jumpa ke barang saya? (kerani tu tengah menaip dalam sistem kot mencari status barang encik tadi tu)

Pelanggan : Hemm, patut la tak jumpa. Tempat ni berselerak. Mana nak cari barang2.

Kerani tu diam je. Kitorang ni pulak buat2 tak dengar dan terus mengisi maklumat kat borang penghantaran tu. Beberapa minit lepas tu kitorang dengar gak lah lelaki tu membebel lagi tapi dah malas nak ikut lagi perbualan diorang sebab pada pandangan telinga saya bila lelaki tu suarakan komen terakhir tadi, dia dah mula nak serang kerani tu.

Last last kerani tu dapat track jugak barang pelanggan tersebut. So bila dah dapat ingatkan dah settle, end of story. Rupanya encik pelanggan ni masih lagi tak puas hati. Bolehnya dia sambung

Pelanggan : Mana nak cari barang kat sini. Cari barang tah tah jumpa anak tikus. Takde sistem langsung. Barang bersepah merata. Bangkai anak tikus pun tak leh jumpa cari kalau cam ni.

Wah! Dalam hati ni terdetik, adus! Ini dah kira mengutuk habis ni sampai lupa kitorang ni ada kat dalam bilik tu.

Kerani : Encik kalau nak komplen, komplen la kat Head Ofis kitorang kat PJ nu sana. Kat sini ni bukan tempat komplen. ( suara kerani tu pun dah keras semacam)

Pelanggan : Hah! Nak komplennya apa! Dah memang sistem kat sini tak bagus. Kata servis cekap tapi barang tak sampai pun. Servis bagus apa camtu.

Pelanggan tu keluar. Dekat luar bolehnya dia marah worker servis kurier tu yang tengah buat kerja dengan suara yang kuat. Dan dia naik kereta dan terus blah. Kerani tu semacam lak sebab kena layan kitorang pulak lepastu. Kesian dia. Emotional gak kerani tu sebab tak lama pastu dia tinggalkan kitorang ni macam tu je. Nasib baik ada orang lain kat dalam tu, jadi pakej kitorang diuruskan jugak la.

Tapi sebelum kitorang balik, kerani tu keluar dan mintak maaf pada kitorang. Nak kata apa. Kok ye nak marah pun, biarla tengok situasi dan suasana sekeliling dulu. Biarla jadi professional dan bukannya emotional sentiasa.

Dalam kereta saya pesan pada anak saya yang menyaksikan dan mendengar semuanya, kalau marah macam mana pun ingat tingkah laku, ingat kata2 yang keluar dari mulut. Jangan sampai malukan orang lain.


 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada