Bila cikgu tak nak masuk kelas

Thursday, January 14, 2010

Pengalaman di sekolah, dahulu dan sekarang.


Dulu, aku dan rakan2 ku takut untuk kurang ajar dengan cikgu. Apa yang cikgu suruh sentiasa di ikuti. Kalau cikgu jegil mata sikit, kami dah kecut perut. Kerja sentiasa cuba di buat sebelum hari esok. Kalau cikgu ada di dalam kelas, samada cikgu itu mengajar atau tidak, kami tidak berani untuk membuat bising dan berkeliaran di dalam kelas tak menentu. Apatah lagi untuk keluar dari kelas dan berjalan jalan tanpa hala tuju.

Kini, aku lihat anak murid ku, terdetik di dalam hati ku, kenapa susah sangat mereka nak dengar kata? Kenapa mereka berani melawan kata2 ku. Memang tak semua tapi bila ada yang nakal, memang nakal sungguh.. Kali pertama anak murid ku berbalas kata dengan ku, timbul rasa kecewa dan sedih yang tak terkata. Pelajar itu juga mencebik mukanya pada ku. Rasanya dulu kalau cikgu marah kita bermakna memang kita yang salah dan perlu dibetulkan. Setelah pulang ke rumah ada juga aku muhasabah diri, mana tau aku yang bersalah memarahi pelajar tersebut tanpa usul periksa. Tapi aku pasti, aku telah cuba membuat teguran berhemah terhadap pelajar tersebut, menyuruhnya diam dan membuat kerja yang aku suruh. Tidak juga di dengar. Apa yang aku perlu lakukan?

Sampai ke hari ini aku tak dapat lupa perasaan aku pada waktu itu. Rasa seperti tak nak masuk lagi kelas itu untuk mengajar. Tapi itu kan tugas ku, periuk nasi ku. Setiap kali aku masuk kelas tersebut, aku berat hati. Sejak hari itu, timbul rasa tidak peduli terhadap pelajar2 yang membawa masaalah di dalam kelas ku. Walaupun aku rasa bersalah, aku terpaksa abaikan mereka kerana yang ada potensi mula terganggu dengan kerenah mereka itu. Entahla, suka tak suka aku pergi juga kelas. Stress tak stress, aku masuk juga mengajar.

Aku rasa aku yang perlu jadi lebih "menyeronokkan" dan "lebih menceriakan" keadaan kelas ku. Biarla aku mencari ilham bagaimana untuk menjadikan Matematik itu pelajaran yang menarik di dalam kelas ku.
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada