Cerita Hari Ahad ku

Sunday, January 10, 2010

Ahad - 10 pagi. Terengganu -anak-anak bersekolah hari ni. Alhamdulillah anak-anakku pagi ini mudah dikejutkan untuk bersiap ke sekolah walaupun tidur agak lewat malam semalam. Terlalu ghairah bermain setelah dua hari cuti hujung minggu agaknya.



Anak lelaki ku baru potong rambut. Nampak kemas dan hensem gitu. Anak perempuan ku pula aku iringi dengan surat untuk guru Bahasa Inggeris yang mencubit anakku kerana tidak membawa buku teks. Bertanda badan anakku dicubitnya. Ada juga rasa hendak menyerang guru tersebut tapi aku pasti tindakan guru itu ada hikmahnya. Takpelah, yang pastinya hari ini aku kirimkan surat untuk guru tersebut memohon maaf atas "kesilapan" anakku. Moga hari ini anakku dilayan dengan lebih baik lagi.


Mulai minggu ini, pihak sekolah akan memulakan Kelas Fardhu Ain (KAFA) untuk murid-muridnya. Buat masa ini tiada di sebut tentang bayaran. Mungkin pihak sekolah ingin melihat kedatangan pelajar di waktu petang nanti. Berbeza dengan KL dan Selangor, jika anak-anak ingin belajar KAFA makanya ibu bapa kenalah pandai-pandai mencari tempat untuk menghantar anak ke KAFA. Dan dikenakan pulak bayaran yang agak tinggi. Maklumlah, kelas-kelas begini biasanya swasta. Jadi perlulah bayar lebih untuk menampung sewaan premis dan sebagainya. 


Apa-apapun, aku berharap anak-anakku dapat mendalami ilmu yang diajar guru di sekolah nanti, insyaallah.


 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada