Anak Bangsa Harapan Negara. Ye ke?

Wednesday, March 3, 2010

Semalam sang kekasih hati meluahkan rasa tak puashati tentang kerja dan pekerja dia. Masalah kerja tu memang saya tak nak sentuh sebab tak leh nak komen pun. Kalau bagi komen kang kena gelak. Itu pun nasib baik dia gelak. Tak pun kena pandang dengan pandangan out of this world punya.

Yang saya nak komen tentang pekerja-pekerja dia. Kebiasaannya, dia ambil pekerja dari seberang. Seberang sana dan juga seberang sinun. Paham-paham jeala yea. Bila ambik pekerja2 dari sana dan sinun tu, memangla kena settle urusan permit. Tapi tah macammana kali ni ada kesilapan teknikal dan kesilapan teknokerat menyebabkan sumber tenaga manusia yang ada tak boleh nak pakai. Kalau pakai juga, menjadi satu kesalahan negara gamaknya la.
Jadi kenala sang KH gunapakai tenaga tempatan yang mana ada dan yang mana nak. So ini lah bermula kisah saya ni. Bukan nak kutuk sesape tapi nak buka minda. Minda sendiri dan minda orang lain yang membaca. 

Pekerja Seberang - masuk kerja seperti di arah ( dengan bantuan translator tak berbayar). Pukul 7.30 pagi punch in. Pukul 7.30 pagi dah ada di tempat kerja. Pukul 8 pagi dah mula kerja. Matahari atas kepala pun masih lagi buat kerja dia. Waktu rehat 30 minit memang di gunakan sepenuhnya. Rehat dan minum. Habis 30 minit, masuk balik kerja tengah panas samapi waktu rehat seterusnya. Pukul 4 petang, waktu dah nak balik, masih lagi kerja. Rehat 1 jam sebelum buat OverTime. Biasanya OT memang diorang ni buat tanpa arahan. Kena arahkan tak boleh buat OT baru diorang ni tak kerja. Kadang kerja sampai tgh malam sebab bos suruh.
Pekerja Tempatan - masuk kerja seperti di arahkan juga. Pukul 8 pagi sepatut mula kerja, pukul 8 pagi baru nampak muka. Matahari atas kepala, sepantas kilat (walaupun langit cerah takde awan) cari tempat berteduh. Almaklumlah panas. 5 minit sebelum rehat, diorang dah mula berhenti kerja dan bergerak ke tempat rehat. 5 minit lepas waktu rehat habis, baru angkat punggung nak mula kerja balik. Pukul 4 petang TEPAT, dah ada atas motor nak balik rumah. Bos panggil, buat tak reti, buat tak dengar. Gaji nak banyak, tapi budaya kerja takde. OT tu kena suruh buat. Nak kerja kat tempat teduh dan sejuk je. Kerja nak yang senang. Yang susah, tak nak buat.

So kalau la anda ni seorang bos la kan, tenaga kerja mana yang anda nak pakai? Nak tolong anak bangsa sendiri atau nak projek siap cepat dan on time?

Ini belum lagi kisah anak-anak bangsa yang dah la belajar tak setinggi mana, kerja nak yang hebat2 dan yang senang2, duit nak dapat yang banyak2 sambil goyang kaki. Pastu bukan nak gi cari kerja. Instead, dok rumah and buat habis beras mak bapak. Pastu, bergaul dengan sama tak berwawasan, dok bawak anak dara orang kehulu hilir. Pikir nak kahwin je ( yang halal atau haram tak ambik kira lagi dah ). Dah tu tetiba, nak ada keluarga. TAk sempat cari kerja yang elok and kumpul duit, dah ada anak sorang dua. Masa tu baru teringat nak cari duit lebih. Bila duit takde, anak nangis nak itu ini, baru terhegeh-hegeh bergaduh dan cari masalah lain. Yang merana dan susah sampai sudah, anak-anak kecik itu jugak.

Saya ni hot hangin betul la bila pikir dan tengok dengan mata sendiri budaya anak bangsa 1Malaysia, tak kira la yang kat bandar atau yang kat luar bandar. Nak salahkan sape yea? Jadi dari pikir pasal kes liwat, kes cerai berai artis, kes politik yang takde kesudahan, baik sama-sama pikir macammana nak selesaikan masalah anak bangsa yang makin teruk dan makin mundur dari segi wawasan dan jati diri.  Baik saya mula dengan anak saya sendiri dulu. Betul tak?

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada