To Rotan or Not to Rotan?

Friday, April 23, 2010

Isu yang sangat sensitif di sekolah kala ini. Ni persoalan yang perlu dipikirkan oleh pihak ibubapa dan juga guru2 disekolah.. Masalah bagai duri dalam daging antara warga pendidik dan para ibubapa. Tapi macammana pun mangsanya tetap jiwa yang hendak dibentuk tu.


Kita pun tak tau nak kata sebenarnya. Dulu kita dididik dengan rotan tapi rasanya tak de lah selalu pun kena rotan. Tapi budak la ni, yang pegang rotan rasa macam nak rotan je tiap tiap hari. Kenapa ek? Hati diorang ni makin keras ker? Salah sape? Salah cikgu? Salah mak ayah? KAlau camtu, kita ni pusing kiri pun salah, pusing kanan pun salah. 


Budak sekolah sekarang semakin ramai yang tak hormat cikgu dia. Kenapa ek? Sebab mak ayah diorang sendiri pun pandang kerjaya cikgu ni sebelah mata.


"Alah, cikgu nye pun bukannya betul sangat."


"La, cikgu pun buat salah jugak"


Memangla kita ni akui, cikgu ni pun manusia jugak. Tapi rasanya tu lah beza paling utama antara cikgu dulu dengan cikgu sekarang.


Cikgu dulu jadi cikgu sebab memang nak jadikan anak bangsa lebih baik tanpa meminta pulangan apa, tanpa mengejar wang ringgit dan tugas dijalankan dengan ikhlas.
Cikgu sekarang nak jugak jadikan anak bangsa lebih baik... tapi tekanan hidup masa kini menjadikan cikgu sekarang berkira. Masih ikhlas tapi sedikit sebanyak tetap berkira, samada berkenaan wang ringgit mahupun masa.


Mak ayah dulu dan mak ayah sekarang pun berbeza jugak.


Mak ayah dulu meletakkan harapan dan kepercayaan sepenuhnya kepada pendidik anak2 mereka, moga anak2 mereka jadi lebih pandai dari diri mereka dan lebih berjaya dari mereka.
Mak ayah sekarang merasakan diri mereka lebih pandai dari cikgu2 yang menjaga anak mereka semasa mereka pergi bekerja saban hari. In fact, cikgu tution anak mereka lebih tahu berbanding cikgu di sekolah.


Mak ayah dulu akan percaya bahawa tindakan cikgu itu sentiasa betul. Jika anak di rotan, mesti anak mereka la yang buat salah. Kalau tak, masa kan cikgu nak rotan atau sentuh, bukan?
Mak ayah sekarang lebih percayakan anak mereka yang mereka tak jumpa seharian dan tinggalkan di rumah tanpa pengawasan sempurna. Anak mereka tak pernah berbohong, jadi wajib cikgu dia yang menipu dan cuba membuat hal.


Tapi ini bukanlah satu kepiawaian yang menyeluruh. Ramai lagi ibu bapa yang masih percaya akan kewibawaan cikgu anak mereka yang cuba sama2 mendidik anak2. Kita sendiri percaya kalau anak kita dirotan, mesti ada sebab tertentu dia kena rotan. Ada silapnya. 


Kalau anak kita takut dengan cikgu dia, mesti anak kita lebih tumpukan perhatian dalam kelas dan mesti lebih senang cikgu dia sampaikan ilmu pada anak kita. Kan itu dah menjadi amanah cikgu tu untuk turunkan ilmu tu. Kalau dia tak sampaikan pada anak orang lain disebabkan karenah anak kita sorang tu, isk..kan dah berdosa kita ni. Nauzubillah.




Dongengan tentang wang

Wednesday, April 21, 2010

Bismillahirahmanirahim..


Hari ni rasanya kita nak kongsi sikit tentang satu artikel yang kita baca. Tentang kebebasan kewangan dan 5 ketidakbenaran tentang wang.. Manalah tau ada rakan2 kita yang masih muda dan belum lagi bekerja, ataupun yang baru nak mengumpul harta boleh mendapat ilmu dari apa yang kita baca hari ni.


Kebebasan Kewangan maknanya tiada pergantungan kepada orang lain, tiada hutang piutang dan wang yang ada lebih dari mencukupi untuk membiaya perbelanjaan harian kita.


Tapi ada 5 tanggapan tentang wang yang tidak benar / tak berapa betul.



Tanggapan #1 - Wang itu tidak penting..


Hmm, yang ni kita setuju lah dengan penulis bila dia kata mana boleh wang tu tak penting. Wang sangat penting, lagi2 dalam abad ke 21 ni. Semuanya pakai duit. Dulu2 boleh la hidup kalau duit tu takde. La ni duk kat bandar, takde lagi la nak bercucuk tanam sayur2an sendiri, ternak ayam and lembu dan sembelih bila nak makan.
Memangla sekarang ni wang tu amat penting...TAPI mungkin wang itu bukan segala-galanya. Tak la sampai kita ni perlu lakukan yang haram dan berdosa untuk mendapat kebebasan kewangan tu..


Tanggapan #2 - Wang tidak akan membawa kebahagiaan


Alamak! Who are we kidding? Semua orang tau dan akan agree, macammana pun kehadiran wang itu akan sedikit sebanyak memberikan rasa gembira dan bahagia. Lagi2 kalau dengan wang itu dapat membeli makanan dan segala barang keperluan yang mencukupi untuk diri dan keluarga kita. 


Dengan wang kita akan lebih senang duduk. Boleh beli apa yang kita hendak tanpa berhutang, Boleh pegi kemana hendak untuk berlibur dan berehat tanpa berbajet ciput.


Yang miskin akan merasa perit dan sempit dalam kehidupan mereka, samada kita nak percaya atau tidak. Yang miskin hanya akan merasa gembira dan bahagia jika dan hanya jika mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri tanpa melibatkan orang lain.


Tanggapan #3 - Susah untuk menjadi kaya


Susah ke? Susah kot? Yang pasti susah ialah memberikan komitmen untuk berjaya dan menjadi kaya. Sebab dengan komitmen itu datangnya motivasi untuk berkorban masa dan tenaga serta berfikiran kreatif sambil berdaya saing. Itu yang paling susah. 


Lagi satu susah adalah untuk menghadapi kegagalan demi kegagalan. The fear of failure.. Susah untuk ubah persepsi diri dan paradigma minda..


Tanggapan #4 - Perlu bekerja kuat untuk jadi kaya


Pada pandangan kita, nothing comes free..NOTHING! So kita ni dalam agreement dengan kenyataan di atas. Dalam artikel yang kita baca, penulis dia kata ada cara nak goyang kaki and jadi kaya. Kalau gitu, lama dah kita ni goyang kaki tapi tak kaya2 pun.. 


Segala yang kita buat mesti ada usaha. Lebih banyak usaha, maka lebih banyak hasilnya. Yang goyang kaki jadi kaya adalah orang yang dah memang kaya. Tapi sebelum dia jadi kaya, orang kaya tu pun PASTI bekerja keras untuk kumpul harta yang ada. 


In fact penulis ni ada gak tulis - "Bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.." Maknanya satu jea. Rajin2 lah berusaha dengan gigih..


Tanggapan #5 - Sekarang zaman susah nak buat wang.


Sebenarnya, sekarang ni dengan adanya bermacam-macam teknologi, lagi senang nak dekati bakal2 pelanggan dan rakan niaga. Bak kata arwah Pakcik Astro dulu, Macam Macam Ada! Facebook, Twitter, Chirp, Nuffnang dan macam-macam lagi komuniti yang boleh digunakan untuk mengembangkan rangkaian rakan dan kenalan. Kurang perbelanjaan dan kos-kos pengiklanan atas kertas dan kemudahan mengorganisasikan segala rancangan.


But the last part was the best part after all. Ditulis dalam artikel tersebut, orang kaya sebenar adalah orang yang

  • bersemangat tabah
  • fokus dalam mencari kekayaan lebih dari membelanjakannya
  • sentiasa berjimat
  • berdisplin
  • sentiasa merancang kejayaan
  • bertindak atas rancangan tersebut
  • mengelak diri dari berhutang
  • sentiasa belajar
  • selalu mencari peluang
  • sentiasa berfikiran positif terhadap wang
Kemahuan tidak memadai dengan menunggu. Ia perlu pergerakan untuk berhasil. Kita boleh membaca segala rujukan motivasi yang ada dan menganalisa diri kita seadanya, namun tanpa sebarang tindakan, tiada yang dapat dibuktikan.

The end. Thank you.





Ujibakat Imam Muda

Tuesday, April 20, 2010

Sabtu lepas (17hb), kitorang teman adik ipar kita pegi audition tuk imam muda dekat Pusat Islam KL ie JAWI. Besar kompleksnye kalau tengok dari dalam. Tak sangka tempat dia luas dan menarik. 

Anyway, adik ipar kita ni umur dia 19 tahun and dia ada menunjukkan minat nak cuba nasib kat audition imam muda nih. Yelah, kalau dapat hadiah dia agak lumayan jugaklah. Juara dapat sambung belajar, gi haji, dapat cash prize RM20k. Lepas tu boleh jadi imam kat Masjid Negara. Jadi, kitorang berilah sokongan dan hantar dia ke JAWI dalam kul 9 pagi. 


Sampai kat situ dalam kul 10 pagi, dah ramai rupanya orang yang mendaftar tuk jadi imam muda ni. Mungkin tak la seramai calon2 wannabe Akademi Fantasia, tapi cukup meriah la kat tempat audition tu. Adik kita dapatla nombor 1769. Masukla dewan. Ingatkan sekajap je auditionnye, rupanya masa tu baru nombor 1622 tengah diberi peluang. Adus! Lambat lagi la gayanya. Dugaan..


Sempat jugak la kitorang mendengar beberapa calon2 wannabe ni berujibakat. Syarat dia nampak macam mudah je. Baca Surah Al-fatihah. Kalau lulus, calon akan diberi surah lain untuk diperdengarkan. Ya Allah! Susah rupanya. Dengan berbekalkan Al-Fatihah tu, dari pukul 10 pagi sampai pukul 12 tengahari, belum ada lagi calon yang dapat lepas pun peringkat 1. Aduss..


Tapi paham jugak rasional di sebalik kepayahan nak lepas peringkat 1 tu. Nak jadi imam, mesti lah cari yang terbaik. Mana leh ambik yang sembarangan. Tapi rupanya, banyak perkara dalam bacaan kita yang tak berapa betul tapi kita jer yang tak tahu. Kena perbaiki ni. On my must do list..


Tentang adik ipar kita tu, rezeki dia takde tahun nih. Usia dia muda lagi, naik pentas dok depan mikrofon, diri sudah jadi gugup. Maka bacaan dia tak mantap. Maka takde jodoh la dia dan program realiti Imam Muda.

'Takpe dik. Tahun depan cuba lagi, insya Allah.'










 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada