Memasang CommentLuv

Saturday, August 28, 2010

Ni nak tengok if my installation of CommentLuv menjadi. Haru gak menggaru-garu kepala yang tak gatal nak masang benda ni.




Alhamdulillah. Menjadi jugak. All thanks to ila and blogger ariffshah yang buat tutorial ni in the first place. So sekarang ada commentluv, senang la my pepelawat (jgn marah cikgu2 BM diluar sana) saya nak meninggalkan jejak dan komen2 yang memang ditunggu-tunggu. 


Bagi yang berminat nak pasang, sebenarnya takdelah susah mana. Kalau boleh ikut arahan, maka boleh la kita install dia.

10 Jenis beg orang Perempuan

Friday, August 27, 2010

Wanita masa kini memang tak boleh lari dari ada handbag. Paling kurang pun dia mesti ada satu walaupun bag tu tak rupa bag tapi lebih kepada backpack atau knapsack. Handbag ni sebenarnya satu aksesori yang perlu untuk setiap orang perempuan sebab dalam beg tu lah dia akan letak pelbagai jenis harta mahupun harta karun dia


And sekarang ni handbag ada macam2 jenis dan bermacam2 jenama. Ada jenama yang murah (takde nama), ada jenama yang suam suam kuku, ada gak jenama yang mahalnya tuhan je yang tahu tapi biasanya yang termahal ni la yang buat kita tergoda. Kita dah dengar orang dok sebut dia bawak Coach Tote bag, Gucci Hobo, Prada Satchel, Louis Vitton Clutch, Baby Phat Pouch tapi do we know jenis yang mana dimaksudkan as tote, hobo dan sebagainya?


So today I did a bit of research to find out apa lah beza antara semua beg ni selain dari jenama dia. Kalau ada salah minta tolong betulkan by memberi komen yea? So bag secara umumnya didefinasikan as sebuah bekas yang diperbuat dari bahan fleksibel seperti fabrik atau kulit
1. Hand bag -
 Go to fullsize image
sebuah container yang digunakan wanita untuk bawak barang2 keperluan dia termasuk wallet, handphone, lipstick, kunci, compact powder, tisu, dan apa2 yang boleh di sumbatkan kedalam beg tersebut. Bag ni biasanya di bawa dengan tangan hence the name hand bag.


2. Shoulder bag
merupakan handbag yang agak besar untuk memuatkan lebih banyak barang dengan satu atau dua tali galas.

3. Tote bag
ini adalah bag yang didefinasikan sebagai shoulder bag yang besar dengan pemegang (handles) yang agak kuat dan tak lah panjang sangat sebab tote ni biasa orang bawa di lengan atau pegang je. Tapi ramai gak yang sangkut kat bahu sebab ruangnya cukup untuk ketiak dia. Bermakna bukaan beg akan sampai pada aras dada dia. Ia merupakan beg yang terbuka dan di kategorikan sebagai beg pegi shopping. Beg ni biasanya sesuai untuk bawak susu anak, lampin anak, beg duit besar, kasut anak dan apa2 yang boleh masuk lagi dalam nya. Bentuk dia biasanya bersegi tapi bergantung kepada pereka idaman anda.

4. Hobo bag
sebenarnya beg galas yang besar macam tote beg dengan convertible handles. Maksudnya dia ada tali galas yang pendek dan yang panjang. Masih boleh isi banyak barang seperti yang diatas. Hobo dalam bahasa Inggeris juga bermaksud suka merantau, adventurer, traveller (among other things of course). Jadi hobo ni boleh jugak mean travel bag. That's my guess.


5. Satchel


merupakan beg yang kecil biasanya ada tali galas yang panjang. Kebiasaannya dulu2 orang guna satchel untuk bawak buku. Kiranya satchel ni kecik sikit dari tote dan hobo tapi masih lagi muat buku untuk di bawa kalau nak la.


6. Clutch - 
ini pulak beg kecil, lebih kepada purse. Macam wallet, dia takde tali, atau sebarang pemegang. Biasanya dia ni di pegang dalam tangan atau di kepit di bawah ketiak. Barang yang muat tak banyak. Biasanya muat lipstick, handphone, ic dan kunci jer.. lebih2 tak boleh masuk la.


7. Pochette
ni adik beradik clutch. Biasanya kecil, bergaya, elegen dan bertali galas. Tapi isi kandungan beg ni memang sama macam clutch. Tak banyak langsung. Jenis beg untuk makan malam special atau untuk pegi dinner events or kenduri kahwin. Tapi kalau bawak anak2 barang anak memang tak muat, jadi bawak la beg galas yang lain untuk anak anda.




8. Coffer
Go to fullsize image
ni sebenarnya lebih kepada beg yang berbentuk kekotakan (chest like bags) dan juga di sebut strongbox dalam Bahas Inggeris. Kegunaan nya secara definasi dia ialah untuk simpan duit dan harta. Tapi beg coffer yang ada hanya oleh Miu Miu jer yang saya jumpa buat masa ni. Okay jugak la pada paras rupa dia kalau kita tengok.


9. Pouch - 
Go to fullsize imageGo to fullsize image
Contrary to the trend nowadays, pouch ni tak di definasikan sebagai bag yang letak kat pinggang tu. Tapi thesauras kata pouch ni sebuah bag yang kecil dan lembut di perbuat dari bahan2 yang lembut seperti kain fabrik dan sebagainya. 


10. Sling bag
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
ni jenis shoulder bag dengan tali galas yang sangat panjang. Kalau kita letak di bahu, bag akan sampai ke baras pinggul. Bag ni jugak boleh di galas secara bersilang badan aka crossbody bags.


Yang lain2 tu macam Marc Jacobs Stam bag, Prada Gauffre, Gucci Sukey atau Gucci Britt adalah jenis shoulder bag yang di paten oleh setiap pereka tu atas design eksklusif shoulder bag atau tote atau hobo bag dia.


So tu jer lah cerita tentang beg yang I can find out for everyone. Kalau salah, silap saya menginterpritasikan nya dan mohon semua yang lebih berpengetahuan untuk membetulkan info di atas dengan komen2 yang membina.  


Terimakasih.




Bulan Ramadhan

Sunday, August 22, 2010

Alhamdulillah, Bulan Ramadhan dah sampai ke hari yang ke dua belas. Anak2 pun dah cukup puasa buat masa nih. Untuk diri sendiri, adalah mencuba jugak membaca AlQuran setiap hari walau dapat sedikit pun. Kadang kadang miss jugak tapi yang penting cuba untuk solat on time and tak miss satu waktu pun. InsyaAllah!


Awal bulan Julai ari tu, balik ke kampung kejap. (Lama tak balik sebab parents pun dah dok dengan adik kat Bangi la ni) Anyway, perasan mesin jahit bapak kat kampung tu dah mula kumpul habuk. Mesin Jahit yang kategorinya tua tapi belum ancient lagi lah. Since my father tak guna yang tu, apa lagi I pun angkut la bawak balik. niat hati murni..nak jahit baju anak and suami yang koyak2 je dulu. :D


Berat jugak mesin jahit tu. Hangkut dalam keta jer tapi terasa la beratnya sepanjang jalan tu. Campur berat penumpang yang lain.. Sampai rumah semangat la jugak..Habis semua baju anak2 yang terkoyak kat seams di cari dan di jahit terus. Rasa happy la bila anak2 pakai baju diorang balik semuanya gumbira jer.


Lepas tu suami belila kain untuk baju raya two weeks before bulan Ramdhan ni. Sah2 la takde sape nak jahit dah sekarang ni. Makanya, I called my Pops and asked him to help. Nope! Bukan untuk jahit baju, tapi untuk potong kain jer. I decided to jahit my families baju raya tahun ni. Jeng-Jeng-Jeng!! Sungguh ke-Seni-an Rumahtangga.. 


Don't Believe it? Believe it! So far between the other work at home and the school work I have, sempatla buat baju anak lelaki I yang paling kecik dulu. Still unsure of the collar bit. And the zipper part for my "mens" pants..So out of 6 pasang yang nak siap, I just finished ONE! and ni dah masuk minggu ketiga Ramdhan. Harapnya sempat. Yang penting baju anak2 and suami siap dulu.. Itupun mungkin kena SOS kot untuk buat pinggang and pasang zip plus buat kolar..


Alamak! Have I bitten off more than I can chew? Kenalah pulun one of these days ni menyiapkan baju2 Raya keluarga ku.


Wish me luck!


Come see my other site! xperiencing tupper joys! You won't regret it.
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada