10 Jenis beg orang Perempuan

Friday, August 27, 2010

Wanita masa kini memang tak boleh lari dari ada handbag. Paling kurang pun dia mesti ada satu walaupun bag tu tak rupa bag tapi lebih kepada backpack atau knapsack. Handbag ni sebenarnya satu aksesori yang perlu untuk setiap orang perempuan sebab dalam beg tu lah dia akan letak pelbagai jenis harta mahupun harta karun dia


And sekarang ni handbag ada macam2 jenis dan bermacam2 jenama. Ada jenama yang murah (takde nama), ada jenama yang suam suam kuku, ada gak jenama yang mahalnya tuhan je yang tahu tapi biasanya yang termahal ni la yang buat kita tergoda. Kita dah dengar orang dok sebut dia bawak Coach Tote bag, Gucci Hobo, Prada Satchel, Louis Vitton Clutch, Baby Phat Pouch tapi do we know jenis yang mana dimaksudkan as tote, hobo dan sebagainya?


So today I did a bit of research to find out apa lah beza antara semua beg ni selain dari jenama dia. Kalau ada salah minta tolong betulkan by memberi komen yea? So bag secara umumnya didefinasikan as sebuah bekas yang diperbuat dari bahan fleksibel seperti fabrik atau kulit
1. Hand bag -
 Go to fullsize image
sebuah container yang digunakan wanita untuk bawak barang2 keperluan dia termasuk wallet, handphone, lipstick, kunci, compact powder, tisu, dan apa2 yang boleh di sumbatkan kedalam beg tersebut. Bag ni biasanya di bawa dengan tangan hence the name hand bag.


2. Shoulder bag
merupakan handbag yang agak besar untuk memuatkan lebih banyak barang dengan satu atau dua tali galas.

3. Tote bag
ini adalah bag yang didefinasikan sebagai shoulder bag yang besar dengan pemegang (handles) yang agak kuat dan tak lah panjang sangat sebab tote ni biasa orang bawa di lengan atau pegang je. Tapi ramai gak yang sangkut kat bahu sebab ruangnya cukup untuk ketiak dia. Bermakna bukaan beg akan sampai pada aras dada dia. Ia merupakan beg yang terbuka dan di kategorikan sebagai beg pegi shopping. Beg ni biasanya sesuai untuk bawak susu anak, lampin anak, beg duit besar, kasut anak dan apa2 yang boleh masuk lagi dalam nya. Bentuk dia biasanya bersegi tapi bergantung kepada pereka idaman anda.

4. Hobo bag
sebenarnya beg galas yang besar macam tote beg dengan convertible handles. Maksudnya dia ada tali galas yang pendek dan yang panjang. Masih boleh isi banyak barang seperti yang diatas. Hobo dalam bahasa Inggeris juga bermaksud suka merantau, adventurer, traveller (among other things of course). Jadi hobo ni boleh jugak mean travel bag. That's my guess.


5. Satchel


merupakan beg yang kecil biasanya ada tali galas yang panjang. Kebiasaannya dulu2 orang guna satchel untuk bawak buku. Kiranya satchel ni kecik sikit dari tote dan hobo tapi masih lagi muat buku untuk di bawa kalau nak la.


6. Clutch - 
ini pulak beg kecil, lebih kepada purse. Macam wallet, dia takde tali, atau sebarang pemegang. Biasanya dia ni di pegang dalam tangan atau di kepit di bawah ketiak. Barang yang muat tak banyak. Biasanya muat lipstick, handphone, ic dan kunci jer.. lebih2 tak boleh masuk la.


7. Pochette
ni adik beradik clutch. Biasanya kecil, bergaya, elegen dan bertali galas. Tapi isi kandungan beg ni memang sama macam clutch. Tak banyak langsung. Jenis beg untuk makan malam special atau untuk pegi dinner events or kenduri kahwin. Tapi kalau bawak anak2 barang anak memang tak muat, jadi bawak la beg galas yang lain untuk anak anda.




8. Coffer
Go to fullsize image
ni sebenarnya lebih kepada beg yang berbentuk kekotakan (chest like bags) dan juga di sebut strongbox dalam Bahas Inggeris. Kegunaan nya secara definasi dia ialah untuk simpan duit dan harta. Tapi beg coffer yang ada hanya oleh Miu Miu jer yang saya jumpa buat masa ni. Okay jugak la pada paras rupa dia kalau kita tengok.


9. Pouch - 
Go to fullsize imageGo to fullsize image
Contrary to the trend nowadays, pouch ni tak di definasikan sebagai bag yang letak kat pinggang tu. Tapi thesauras kata pouch ni sebuah bag yang kecil dan lembut di perbuat dari bahan2 yang lembut seperti kain fabrik dan sebagainya. 


10. Sling bag
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
ni jenis shoulder bag dengan tali galas yang sangat panjang. Kalau kita letak di bahu, bag akan sampai ke baras pinggul. Bag ni jugak boleh di galas secara bersilang badan aka crossbody bags.


Yang lain2 tu macam Marc Jacobs Stam bag, Prada Gauffre, Gucci Sukey atau Gucci Britt adalah jenis shoulder bag yang di paten oleh setiap pereka tu atas design eksklusif shoulder bag atau tote atau hobo bag dia.


So tu jer lah cerita tentang beg yang I can find out for everyone. Kalau salah, silap saya menginterpritasikan nya dan mohon semua yang lebih berpengetahuan untuk membetulkan info di atas dengan komen2 yang membina.  


Terimakasih.




 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada