Dude, you have no Quran!

Saturday, September 25, 2010

Sometimes yang bukan Islam lebih berani menyelamatkan maruah orang Islam berbanding dengan yang Islam. Sayangnya, apa pun dia buat dia masih kafir. Tapi kita yang beragama Islam agak2nya berani tak bertindak yang sewaktu dengannya bila tiba waktunya nanti? Bukan bermakna bertindak dengan merusuh atau membakar dan bertindak secara ganas.. Bila kita lemah dari segi fizikal, kita patut bertindak menggunakan akal, macam yang yahdi buat selama ni. 

Alangkah eloknya kalau ada lebih ramai bijak pandai agama di dunia ni... 

Di Amarillo, Amerika seorang paderi telah mengajak orang ramai untuk membakar AlQuran sempena memperingati Trajedi 11 September yang lalu. Bagaimanapun seramai 200 orang dari pelbagai agama dan kaum telah berkumpul secara aman dan cuba menghalang upacara tersebut. Di ketika paderi itu hendak mula membakar Al Quran, tiba2 datang seorang pemuda dari belakang paderi tersebut dan merampas kitab suci dari tangan paderi itu dan berkata " Awak tak leh bakar sekarang. Awak takde Quran, dude!" dan terus berlari dari situ. 
Paderi tu seterusnya membatalkan niat untuk meneruskan upacara tersebut setelah melihat ramai yang memprotes tindakan itu. 


Perhaps it should start with me. Perhaps it is time to improve my spiritual knowledge from now on.. InsyaAllah...

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada