Homemade Piza untuk berbuka.

Monday, September 6, 2010

Yupe, seperti mana tajuk kat atas tuh, I made my own pizza last Saturday. Atas permintaan anak dan rasa ingin tahu yang agak kuat (excited nak cuba benar nya), I pun keluar la resepi piza paling sempoi dan mengeluarkan kuali induction, tupperchef fryer yang baru dibeli khas untuk buat pizza nih. Ni semua sebab nak make sure anak lelaki ku yang picky eater tuh makan banyak sikit. Takkan I nak kena masak spaghetti hari2. Mau pengsan semua orang.


Resipi dia memang simple. Maklumlah orang putih ni sebenarnya malas nak masak yang susah2. Diorang lagi suka yang pakai campak2 jer dah siap. Jadi buat piza ni kena buat dua bahagian. 

1st part - doh dia. Tepung, air suam, garam, olive oil sikit dan yang paling penting sekali ibu roti. Uli sampai jadi doh. Pastu tinggal la untuk dia naik.

2nd part is the topping. Kalau nak senang, rebus je ayam, sosej dan apa2 yang perlu di pre-cook. Potong la bawang, capsicum, olive, termasuk bahan2 yang direbus tu (kalau nak) dan yang sewaktu dengannya dan mengikut selera masing masing. Jangan lupa mozarella cheese tau - shredded.

Sapu minyak sikit kat dalam bekas nak masak ( I lightly greased my Tupperchef Fryer) untuk di letakkan doh yang dah di leperkan.

Jadi bila doh da ready, roll jadi leper and tebal 1 inci atau ikut ketebalan yang kita nak. Letak la tomato paste dan oregano sikit (tapi I guna spaghetti sos instant punya!) atas doh tadi. Decorate and letaklah segala bahan2 yang dah disediakan untuk topping tadi.


Letak atas api kecil - sederhana (ikut ketebalan piza tadi) dan leave for 15 minutes. Gerenti by then dah masak. Kalau piza tebal maybe kena lama sikit tapi my suggestion guna api lagi kecik la. Takut hangit..
Hemm, memangla my pizza tak bulat langsung. Namanya pun homemade, selfmade dan yang serupa tapi tak sama..

Well, in the end maka siapla piza tuh. Yea. Dalam masa 15 minit jugakla piza tu habis kat anak2. Puas hati mama diorang nih. Alhamdulillah.

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada