Jom balik Kampung.

Saturday, September 4, 2010

Hari ni hari Sabtu. Cuti sekolah dah pun mula. Ramai gak rerakan yang dah head back balik kampung. Anak2 I pun dah banyak kali tanya, "Mama bila nak balik kampung?" And untuk kesekian kali. I jawab," Tunggu Papa cuti dulu. baru boleh balik" Which will be somewhere mid of next week.

Balik kampung ni mesti a LOOONNGG journey ahead. Somehow biasanya kalau balik kampung, pasti balik sekali dengan orang2 lain. Last2 kereta bergerak pada 50 - 60 km sejam. Jenuh tu dok dalam kereta 6-7 jam dengan 4 orang anak kecik.

Tapi pernah la dulu got caught in really bad traffic masa balik from kampung to KL. Remember eksiden yang melibatkan dua bas kat Jalan Merapoh? Yea, kitorang sangkut dalam jam selepas eksiden tu berlaku. Bertolak masa awal pagi (matahari tak keluar lagi) sampai KL matahari dah terbenam. Masak dalam keta. By the time kitorang lalu kat site eksiden tu, bas pun dah lama kena alih and tak mengganggu jalanraya walau seinci pun. Tapi biasalah, orang Malaysia dia perihatin. Bagus sikap tu. Tapi Malaysian are also good at ignoring things too..dan bersikap sambil lewa (tak ape).

Anyway, dah sepuluh tahun dan beratus kali jalan jauh ni. Jadi I am very much prepared untuk perjalanan ni.

1. Best time untuk berjalan jauh ialah pada waktu malam. Anak2 tido dan suasana aman damai. Contra dia ialah drebar pun sama2 menikmati suasana nyaman dan ada kemungkinan terlebih aman dan terlelap. Bahaya!
2. Kalau dalam bulan puasa ni, perjalanan waktu siang tak perlu bawak banyak bekal makanan atau jajan, kecuali untuk yang below 5 years old jer. Kakak and Abang dah puasa full force tahun ni (Alhamdulilah) so kurang nak bawak dalam kereta.
3. Mesti ada satu beg persalinan (dgn towel dan minyak angin) on the spot, khas untuk budak2 ni. Takut dalam perjalanan ada yang uwek!! Yang tahan and boleh kemas hanya sorang - sape lagi, mesti lah me, myself and I.
4. Kalau ada set permainan boleh bawa (travel games) atau apa2 aktiviti yang boleh bagi budak2 ni tak buat bising boleh la dibawa. Tapi biasanya, mula2 tu memang seronok main dengan elok. lepas sejam, mula sesi bergaduh, bertempik dan menangis oleh mana2 pihak yang berkaitan.
5. Satu set cerita kartun atau cerita best yang boleh ditonton beramai2. Ni biasanya paling sesuai sekali sebab semua boleh sit back and enjoy.
6. Kalau jalan malam, slalu bawak selimut dan beberapa biji bantal kecil. Sebab if not, ada yang tido atas mana2 sibling yang bersesuaian.

Rasanya ada lagi satu dua perkara dalam list kat atas tu tapi tak cross my mind sekarang. Kalau ingat akan ditambah. Jadi, persediaan mental dah pun mula. Persediaan fizikal (beg2 dan segala barangan) akan bermula lagi sehari dua lagi.

Jadi pada rakan2 sekelian,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
SEMOGA SELAMAT DALAM PERJALANAN PERGI DAN BALIK KE MANA MANA DESTINASI. PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada