Next Sewing Session

Wednesday, September 22, 2010

Alhamdulillah, Baju Raya famili hari tu dah di sahkan boleh dipakai berulang kali tanpa ada kemungkinan baju tu terlerai dan tercabut. Takde yang nampak senget dengan lengan baju tak sama panjang. Seluar raya pun semua okay je. memang tak perfect. My first attempt kira okayla. 

So sekarang ni nak mula buat baju raya Haji pulak. hehe. Baju kurung anak perempuan je lah. Yang lelakinya semua pakai baju raya aritu untuk sembahyang raya. lepas tu mesti tukar seluar jeans sebab nak gi pegang tali lembu..

As of petang semalam dah siap potong kain untuk my girls. Nampaknya okay and agak boleh berjimat masa potong tu sebab ada extra banyak gak la. Cukup untuk buat pouch kecik. Jangan baju tak jadi udah. Will keep u all posted on that.

Rasanya untuk my girls ni nak try buat pleat skirt tuk diorang sekali..Raya ngan skirt gitu. Tu dalam perancangan tapi tak tau la boleh siap ke tak..Anyway, pelan dan perancangan dah ada. Nak execute je la.. Harap2nya tak jadi macam raya baru ni. Malam raya dok jahit leher baju sendiri. Memang kena gelak dengan ahli famili yang lain..
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada