10 perkara yang budak2 sekarang rasa tak salah

Tuesday, October 26, 2010


Ni antara sepuluh perkara yang budak budak sekarang fikir hak diorang untuk buat dan orang lain tak boleh tegur. ( nie semua dari pemerhatian yang dibuat tanpa sebarang interview)


Go to fullsize image
1. Bertelefon Bimbit. Kalau tanya budak sekolah pun tau teknologi handphone terkini. Yang lebih canggih pun dia tau. Kerja diorang kalau ada handphone, sms antara kawan. Kadang2 isi sms tu yang buat orang dewasa sendiri terkedu. Spot check la selalu.


2. Berkawan dan Bersosial. Berkawan tu memang elok tapi kalau ada sorang dua yang buat perangai hantu kacang, maka yang mulanya baik pun terikut jadi sama. Memang betulla, nak jadi jahat memang terlalu mudah. 


3. Berbelanja sakan. Duit pada diorang mudah sangat nak dapat. Mintak je mak bapak bagi. Bukannya sikit, tapi banyak. Kesian dibesarkan dengan wang ringgit. Takde nilai yang lain dah.
Go to fullsize image

4. Bercinta padahal umur tak lepas nak kahwin. Bila dah berkawan dan berkumpul, mula la timbul perasaan yang tak patut ada pada umur2 camtu. Baru masuk tingkatan 1 dah ada couple sana sini. Pegang tangan. Eksperimen itu ini..sampai la ada yang membuahkan hasil..


5. Kaler rambut. Paling biasa I nengok. Suka hati dia nak kaler rambut. Yang perempuan la menjadi-jadi. Pegi sekolah pakai tudung. Bawah tudung tu rambut macam rambut hantu pun ada. Dah tak rupa manusia. Keras kekung dan berwarna-warni.
Go to fullsize image
6. Pakai baju menjolok mata. BAju ketat, baju tak berlengan, baju ala coli, baju mandi. macam2 la. Badan semua tangah bergetah, tengah nak berisi. Yang tengok pulak mata yang baru nak naik gatalnya, mata yang dah season pun ada. Mula dari mata, turun ke hati dan terus ke nafsu. Ingat itu anak2 kita jugak, adik2 kita jugak. 


7. Berpasangan ikut suka hati mak bapak dia. Budak2 ni bercinta masa muda satu hal. Bertukar tukar pasangan macam tukar baju pun ada. Budak sekolah tingkatan 1 dan 2 berperangai macam bohsia (lagi teruk dari pe____r sebab murahan dan free) isk, isk, isk.


8. Pegi sekolah macam tak pegi. Mentang2la pegi sekolah duit yuran tak yah bayar. Diorang pegi sekolah takde arah tujuan. Pegi sekolah buli anak orang lain. Pegi sekolah jumpa pasangan masing2. Takde impian. 
View Image

9. Berkenderaan sendiri. Sekurang2nya pakai motor mak bapak pegi merata tempat. Paling kurang ada basikal lepak rumah kawan dia. Dan tak balik rumah ikut suka hati dia. Bawak motor macam bertahun2 bawak. Tak ingat orang lain atas jalan. Pastu bila eksiden, nyusahkan orang lain.


10. Kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Yang ini paling sakit hati tengok tapi yang ini la yang paling paling budak2 sekarang suka buat. Samada diorang perasan atau tidak. Semua dia ingat kawan dia. Semua dia layan macam member dia. Takde rasa hormat. Mula dengan mak bapak, pastu ke cikgu pastu pada orang luar sana.. 


Semua ni mula dari sape? Pikir-pikirkan lah. Bagi yang ada anak kecik lagi, masih sempat nak ajar dan pantau.. jangan pikir "takpe kecik lagi". Masa kecik2 tula kena di didik dengan cara yang terbaik. 
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada