Bagaimana nak ajar anak2 nilai wang?

Saturday, October 30, 2010

As usual, tengah menjengah dan menjenguk segala berita dalam laman2 web yang ada, mata ni tersinggah pandang kat satu tajuk yang agak menarik perhatian me to look further kat yahoo singapore finance. Tajuk dia - 4 ways to teach your kids financial responsibilities.


Dalam laporan ni, diorang kata Americans yang dewasa masa kini kurang pandai menguruskan kewangan diorang, hanya tau menmbah dan mengumpul hutang dan diorang takde backup plan utk sebarang financial crisis bila ia berlaku. Ini merupakan satu keadaan yang sedang di alami oleh most Americans lepas ekonomi diorang jatuh kejap aritu.


Dan diorang baru cuba nak bagi kesedaran pada American families tentang pentingnya mengajar anak2 nilai wang serta nak membezakan di antara keperluan dan kehendak.


Truthfully, I sendiri pun fail bab2 menguruskan kewangan. But cadangan2 untuk ajar anak2 yang diberikan dalam laporan tu memang praktikal dan boleh dicuba. Antaranya:


1. Mengajar anak2 tentang perbelanjaan berhemah melalui papan permainan macam Monopoly, JutawanRia dan yang sewaktu dengannya.Go to fullsize image


2. Mengajar anak2 untuk membuahkan idea2 bernas untuk mendapatkan kos apa yang diorang hendak. Contohnya jika anak nak beli permainan berharga Rm 100, kita boleh bagitau anak yang kita boleh berikan separuh dari harga tu, tapi yang separuh lagi dia kena tunjukkan usaha dia untuk dapatkan wang sendiri. Misalnya dia boleh buat jualan aiskrim malaysia dan jual pada kengkawan dia pada harga 30sen atau 50sen. And bila dia dapat kumpul sebanyak yang diperlukan, kita akan kotakan janji kita dan top up sebahagian lagi wang dia supaya dia tau wang ringgit tu bukannya senang nak dapat.


3. Mangajak anak2 menonton berita kewangan Go to fullsize imagedan hal ekonomi bersama2 sambil bersoal jawab dengannya. Memulakan perbualan tentang "dari mana datangnya duit" BAgaimana duit tu diperolehi? dan sebagainya. Selain dari dapat membuka mata dan minda anak2, it can also merapatkan lagi hubungan antara kita (parents ) dengan anak2 kita yang jarang kita jumpa dan meluangkan masa.


4. Mengajar anak2 kita menderma dan membuat sumbangan.Go to fullsize image Ini boleh membina jiwa anak2 kita untuk menghargai apa yang mereka ada dan tak take anything for granted.


Jadi jom kita ramai2 ajar anak2 kita untuk menghargai hasil titik peluh kita supaya diorang nanti jadi bijak dalam menguruskan kewangan diorang sendiri. Moga anak2 kita tak mengulangi kesilapan kita dan buat kesilapan orang2 Barat dalam mendidik anak2 mereka. 


Kesederhanaan dalam berbelanja adalah penting. 
Kesungguhan dalam melakukan sebarang kerja adalah utama.
InsyaAllah.
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada