Fenomena Maher Zain

Tuesday, October 12, 2010

Sekarang ni tengah demam lagu Maher Zain.. Terlambat keretapi sikit sebab orang lain dah berduyun-duyun minat. Kalau tak, tak kan konsert dia boleh sold out dalam masa yang sekejap je..dengar2 nya la kan. Ni pun sebab ada my friend yang nak pegi terpaksa menelan air liur jer sebab tak dapat cari tiket dia..even yang RM200 punye..

Sebenarnya a week ago I pun tak pernah dengar nama Maher zain. Lagu dia pun tak pernah dengar. Entah kenapa tak pernah terserempak dengan lagu dia sebelum ni. Tetiba satu hari nampak kengkawan fb share link ke video dia. Then dua tiga hari lepas tu, ternampak kat dada akhbar pasal Maher Zain yang katanya 

.......pernah lalai dan hanyut dalam arus dosa dan noda. Leka dengan godaan dunia sehingga lupa pada agamanya sendiri. Itulah pengakuan penyanyi popular, Maher Zain, saat mendedahkan kisah silam sewaktu zaman kejahilannya tiga tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, dia terlalu asyik mengejar keduniaan dan banyak menghabiskan masa dengan berhibur, membuatkan dia semakin lupa pada yang Esa - ehsan dari Berita Harian Online

 Tapi bila a colleague of mine bagi dengar lagu dia betul2 dan lepas I read the lyrics, the rest was history. I am an official fan of Maher Zain's songs and lyrics.


This time around harap2nya orang akan menghargai seni dia dan bukannya mengagungkan orangnya..nanti segala yang baik dia buat menjadi sebaliknya pulak..
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada