Rusa Lawan Kijang 2010 Part 1.

Sunday, October 31, 2010

Sorry, I bukan cakap pasal zoo tapi mention tentang pertandingan "face to face" Rusa dengan Kijang pukul 9 malam tadi kat Stadium Bukit Jalil. Hebat and glad to say, I was there from start to finish.

Hubby and me sampai kat area Bukit Jalil dalam pukul 8 malam. Memang kepadatan kenderaan dah melampau la masa tu. We could spot a police traffic every 10 metres. Itu pun orang main parking sukahati mak bapak dia, including incik hubby. Tak leh nak tegur,kang spoil mood dia nak tengok bola. So asalkan polis depan mata tak halau kitorang, incik hubby pun parking la atas divider depan station LRT dekat Seri Petaling. Kebanyakan yang parking kat situ semua jalan kaki ke stadium. Jauh woo! I tak larat so we naik lrt pi Bukit Jalil. 


Anyway, sampai area Stadium we dah boleh dengar bunyi riuh rendah dalam stadium. Dah tau dah memang akan full. So dalam 8.30 gitu kitorang pun masuk dalam and we had the shock of our lives. Dah takde tempat duduk kosong lagi!!..on the Kijang side. Cari la kat pelusuk mana pun memang dah takde tempat duduk. So incik hubby kata takpe, we jalan2 ronda dulu. Lots of FRU and polis plus sekuriti inside, meronda jugak. 
So just when the game nak start we actually found a niche yang boleh dikatakan OK la sebab can see separuh padang..sigh, dalam hati me "Not worth paying for this kind of seats" In fact, they were not actually seats pun. Ruang untuk OKU duduk..tapi penuh dengan orang yg TOKU. Kalau tengok sekeliling stadium, dua pertiga memang baju merah jer. Kuning sepertiga lagi. In terms of attendance Kijang memang menang dah.

bersambung Part 2



 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada