Rusa Lawan Kijang 2010 Part 2

Sunday, October 31, 2010

Part 1


Tapi yang pasti dan confirm, peminat2 Kijang kalah dalam menjaga keperibadian diri dan kesedaran sivik masing2. Memang dari beribu peminat yang hadir, yang buat perangai tak elok hanya nisbah yang kecil. Tapi nisbah tu la yang buat rosak susu sebelanga. Sebab apa I kata gitu? Sebab baru je 5 minit permainan dimulakan, botol air dan flying object yang pertama kena campak ke trek balapan. 


Bila NS/ Rusa mendahului satu gol masa minit ke limabelas, makin banyak botol berterbangan di susuli pulak dengan mercun. Personally I kesian kat petugas yang dok kata padang tu. dari jurulatih ke lines man ke sekuriti guard. Diorang bertugas dalam keadaan yang bahaya sangat sangat. Masa masuk second half, and selepas Sang Kijang menyamai dan tak lama lepas tu mendahului rakan sespecies dia, beratus botol dah sampai ke atas padang. Ada yang terkena petugas yang ada, ada yang masuk kawasan padang. Bukan je botol air dengan mercun yang di baling. Burger separuh makan, plastik air, plastik sampah, kasut sebelah, bunga api dan sebagainya. Betapa tak berakalnya orang2 yang buat macam tu. Bukan sahaja membahayakan orang di atas padang. Tapi membahayakan orang yang duduk di kawasan bawah stadium.


Apa-apa pun TAHNIAH untuk keluarga si Kijang merah kerana berjaya menundukkan si Rusa Kuning malam ni dan menjadi JUARA PIALA MALAYSIA pada tahun 2010. Incik Hubby pun puashati walaupun we had to sit kat tempat yang tak berapa sesuai. Alhamdulillah.



 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada