Tips jadi jutawan dari Napolean Hill..

Monday, October 4, 2010

Pernah baca buku bertajuk "Think and Grow Rich" by Nappolean Hill. Beliau dikatakan sebagai pakar dalam menghasilkan jutawan yang ramai kat dunia ni. Itu adalah salah satu buku yang beliau tulis. 

I have the book. And I read the book. So right now ni I nak cerita dengan pendek jer apa yang beliau tuliskan sampai boleh membentuk orang orang kaya dalam dunia ni. Tau tak apa isi paling penting dalam buku tu? Tau tak apa rahsia yang beliau sebut dalam buku tu?

Rahsianya ialah TAKDE RAHSIA!

Isi paling penting untuk jadi jutawan ialah Impian dan Tindakan. Dua ni perlu di susuli oleh Kemahuan yang sangat kuat, to a point of being singular dan juga Pengetahuan yang releven. Ini pulak harus di sokong oleh Kepercayaan dan Sikap yang sentiasa Positif

Yang peliknya, Semua benda yang di tulis kat atas ni memang semua dah tau. Memang dah di drill dalam minda kita oleh our religion and also our parents and our teachers. 

Apa yang kita nak hanya akan datang dengan mudah bila kita suka apa yang kita buat dan perkara tu kita buat dengan telus dan ikhlas. Yang peliknya Nappolean Hill ni jadi kaya raya menulis dan mengajar orang lain apa yang kita sendiri dah tau. Hairan kan?

Jadi kenapa tak semua orang boleh jadi kaya raya kalau semua dah tau? Jadi kenapa semua orang tak jadi jutawan? Jadi mana nak buang sifat MALAS, BENCI, DENGKI dan yang sewaktu dengannya? Yang tu kalau baca buku setinggi gunung pun tak boleh nak buang kalau dalam hati sendiri tak bersedia nak berubah. 

Betul tak?

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada