Kenali kasut di kaki perempuan

Monday, November 8, 2010

http://www.emocutez.comZaman sekarang ni banyak sangat pilihan kasut untuk dipakai. Bukan baju je yang berfesyen2, kasut pun macam macam ada. Entri hari ni I nak kongsi segala jenis kasut yang orang perempuan boleh pilih. Senang nak kenalpasti lain kali bila nak masuk kedai.
(gambar2 di ambil dari internet. Untuk pergi ke site asal, just click pada gambar2 tersebut.)


Jenis-jenis kasut yang ada di pasaran:


1. mulesGo to fullsize imageGo to fullsize image
mules ni bukan mules -keldai tu. Entahla tak tau kenapa diorang panggil kasut jenis ni mules tapi secara umumnya mules adalah kasut bertutup di depan dan terbuka di bahagian belakang. Ada open toe mules, ada clog mules dan bermacam fashion mules lagi.


2. pumpsGo to fullsize imageGo to fullsize image
pumps ni sebenarnya is another way nak sebut kasut. So basically orang akan kata, " high heel pumps" atau flat pumps. Kebiasaannya dia kasut bertutup dan bertumit (tinggi atau rendah)


3. flats Go to fullsize imageView Image
flats adalah kasut yang takde heels atau ada heels yang rendah je. Biasanya sape2 yang rasa gayat nak pakai high heels memang sesuai pakai flats ni. Wanita yang sedang mengandung pun elok pakai kasut macam ni sebab boleh memberi sokongan badan yang lebih kepada empunya kaki.


4. heels 
 Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
I love these types of shoes. Kat rumah memang ada more than sepasang. Walaupun jarang pakai sebab waktu kerja, keadaan pekerjaan tu memang tak berapa menggalakkan sangat sebab lepas tu memang akan sakit kaki-betis dan yang sewaktu dengannya. Heels ni boleh jadi high heels (2 - 3 inch heels) atau stiletto heels ( more than 4 inches) Paling tinggi rasanya yang Lady Gaga pakai dalam video Bad Romance dia tu. Nak jalan pun seksa banget tu..Oh ya, kasut macam ni juga dikenali as evening shoes..

5. wedges
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
wedges ni hasil rekaan Salvatore Ferragamo. Secara amnya, wedges ni tumit dia bersambungan dari bahagian depan kasut hingga ke bawah tumit tu. Pilihan wedges biasanya sebab keselesaan yang diberi kepada si pemakai. Ni one of my favourite types of shoes. Looks good and also comfy. Bagi confident lebih sikit especially bila beli yang tinggi lebih sikit.


6. sandals
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
Sandals ni flat women shoes. Selesa dan comfy dan menjadi pilihan kebanyakan wanita untuk pergi bersiar atau keluar dengan aman tanpa rasa sakit at the end of the day. Ada jugak yang panggil sandals ni kasut pegi pasar. Dia atas sikit dari selipar pada tangga fashion kasut ni lah.


7. slippersGo to fullsize image Go to fullsize image
flip-flops / thongs sandalsGo to fullsize imageGo to fullsize image
Okay yang dua ni I letak sekali sebab senang nak buat perbandingan. Slippers dan flipflops dua2 jemis kasut (atau lebih sesuai dipanggil alas kaki) yang terbuka di sekeliling kaki tu. Cuma ada alas dan tali (strap) memegang kasut tu pada kaki. Paling selesa untuk ke pasar atau ke pantai atau backpacking sebagai kasut extra untuk dibawa.Slipper kelihatan lebih cantik dari flipflops. Kita kat Mesia ni panggil flipflops ni selipar jepun cuma dia cantik sikit dari selipar jepun. dan harga pun agak mahal berbanding dengan selipar jepun. Slippers look more ladylike and fashionable.


8. bootsThis Week  It  All Shearling BootiesGo to fullsize image
Boots ni kasut bertutup sampai ke buku lali atau ke lutut atau ke betis. Biasanya dia sesuai pakai kat negara Eropah sebab kat sana sejuk so bila diorang tutup kaki diorang dan cover betul2, diorang boleh tahan dengan cuaca diorang yang sejuk tu walaupun pakai baju singkat. Sorry to say la the higher the boots the cheaper you look sebab biasanya akan di pakai dengan baju yang mini dan micro.. Sesuai untuk bergaya kalau di pakai kat Malaysia ni tapi seksa kalau pakai untuk berjalan2 jauh.


9. moccasinsGo to fullsize imageGo to fullsize image
Ni kasut yang diperbuat dari kulit binatang atau suede. (leather from moosehide) Biasanya dia flat shoes tapi ada jugak kot yang ada tumit, cuma tak pernah tengok lagi. Kasut ni again untuk bagi kaki tu warm, dan dipakai di negara yang cuaca dia sejuk sikit dari negara kita ni. But comfy to wear on an outing tapi rasanya tak berapa sesuai untuk berjalan jauh. 



10. platform
Go to fullsize imageGo to fullsize imageView ImageGo to fullsize image
Platforms ni kasut yang ada extra height di bahagian depan kasut dan juga di bahagian tumit. Ada yang siap tambah akuarium sekali kat bahagian platform tu. Kasut ni biasanya dipakai untuk menambahkan lagi ketinggian pada si pemakai. Sesuai la untuk orang2 yang rendah macam I ni. My last platform shoes walaupun tak setinggi yang dalam gambar was my favourite pair sampai dia putus. Memang best. Cuma jangan try lari dalam kasut tu sudah. Jatuh nanti extra tinggi ke bawah. Orang lelaki pun ada platform shoes jugak. style retro dan disco dulu2. ala macam John Travolta tu..


Ada lagi yang tak masuk list ni. Contohnya sneakers. Tapi tu kira kategori masculine sikit jadi I tak masukkan. So hope semua ada belajar perkara baru dalam entri I yang ni. Including me. Mungkin description dia tak berapa tetap atau tak kena.. tapi bak kata orang A picture is worth a thousand words. So boleh la compare gambar dan tengok sendiri. Thank you.




 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada