Macammana boleh jadi camni?

Sunday, November 7, 2010

Ni cerita dah seminggu lamanya. Cerita lapuk tapi penangan golnya http://www.emocutez.commasih segar dalam kepala pemain-pemain Kelantan dan Negeri Sembilan. Yang di sentuh hari ni bukan pasal pemain dia atau permainannya. Yang tu semua dah tau dan dah buat analisis masing-masing tentang kenapa, bagaimana dan bila.

http://www.emocutez.com
Yang jadi tandatanya untuk myself is


1. Macammana jualan tiket perlawanan bolasepak malam tu sampai boleh melebihi muatan stadium? 

http://www.emocutez.com
Bagi yang pergi ke stadium dan menonton secara live, pasti perasan sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan tempat duduk dah nampak bahawa yang hadir malam tu memang lebih dari tempat duduk yang disediakan. Orang ramai duduk kat tangga, celah kerusi, kawasan OKU, berdiri di arena legar ke tempat duduk. Di mana sahaja lah ruang yang ada, selagi nampak bayang padang, selagi tu lah ada manusia yang cuba nak tengok perlawanan malam tu. 


Jadi soalannya sekarang, macammana orang2 yang tiada tempat duduk ni dapat beli tiket yang sah2 melebihi kuota stadium tu. I bercakap dari apa yang I nampak disebelah penyokong Kelantan. Mungkin banyak tempat kosong di bahagian penyokong Negeri Sembilan. Tapi yang penting, malam tu ciri-ciri keselamatan yang dititik beratkan lebih kepada menghalang berlaku rusuhan dan pergaduhan instead of menjaga keselamatan penonton di stadium.


2. Macammana penyokong masih boleh membawa air dan bahan makanan ke dalam kawasan stadium sedangkan bahan2 tu jugak yang digunakan untuk menjadi missile ke tengah padang?


Dengarnya sebelum perlawanan di adakan, pihak pengajur kata tak boleh bawak makanan dan minuman ke dalam stadium. Tapi I nampak dengan mata I sendiri penjual-penjual minuman dan makanan siap bukak tikar jual dalam stadium sambil ada yang buat lelongan botol air dari satu kawasan tempat duduk ke tempat duduk yang lain. Jadi mana pergi kata TAK BOLEH yang dijanjikan oleh pihak penganjur? Dah la penyokong yang masuk kurang kesedaran sivik tentang kebersihan dan kelakuan yang sopan. Di bagi pulak peluru untuk di baling dan di buang sesuka hati. Memangla, pucuk di cita ulam mendatang. Heran betul la.


3. Macammana ( yang ni paling penting sekali) penyokong2 boleh bawak masuk mercun ke dalam ruang stadium?


Takde safety conscious betulla. Dah la tak reti jaga kebersihan lepas tu main2 mercun dalam ruang tertutup. Kalau kena orang macammana? Kalau terbakar stadium tu macammana? Kata pihak penganjur nak buat body search la and apa2 tah untuk mengelakkan dari penonton bawak mercun ke dalam stadium tapi barang2 tu dapat masuk jugak? Polis atau sekuriti yang bertugas memang tak check pun orang2 yang masuk kawasan stadium. Memang laluan sorang demi sorang tapi itu lah, lalu jer. 

http://www.emocutez.com
Agaknya sikap "Ala Tak Ape la" orang kita menebal dalam diri jadi tugas yang diberi pun tak menjadi. Sikap "Biaq pi la" itu juga lah yang agaknya membantu menjawab sebarang persoalan jika dan bila berlaku sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa.. Yealah, macam banyak2 kes bas terbabas, anak lari dari rumah, orang bunuh orang, jiran bergaduh.. ni semua hasil dari sikap "Tak ape" dan "Biarla" kita juga. Bila nak buat sesuatu biarla betul2. Kalau kata nak buat body search,buatla body search betul2 supaya takde yang menyesal bila ada yang hilang mata, atau nyawa akibat kena mercun. 


Memangla orang boleh kata "Ala takde apa2 jadi pun. Takkan kena orang punya la. Tak kan terbakar stadium tu pun kalau main mercun sikit" Tapi kemalangan tu berlaku sekelip mata dan tanpa amaran. Bila2 je dan dimana sahaja melalui apa cara. Bila orang kita ni nak belajar?


yang geram malam tu,




 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada