Real Housewives of...

Friday, November 19, 2010

Pernah dengar tak realiti tv pasal surirumah2 kat Amerika tu? Pernah tengok tak? The Real Housewives of New Jersey. Kat Malaysia ni so far diorang cuma tunjuk the one from New Jersey kat Diva Universal Channel, Astro. Rupanya ada banyak lagi franchise cerita ni kat merata tempat in Amerika.. Kalau tak salah, adalah 4 - 5 tempat yang diorang buat series ni.


This is my version of what a real housewife's (with kiddies and toddies and babies in tow) life would be like....


6.00 am -
Tersedar dari tidur. Baby nangis nak susu. Bangun dan terus menuju ke dapur. Masak air, buat susu, head back to bilik tidur. Bagi susu kat baby. Solat dan turun balik ke dapur.


7.00 am - 
siapkan breakfast or minum pagi. Kemas rumah, sapu rumah, basuh baju dan kalau sempat mop. Elok habis je kerja, anak2 bangun one by one. Siapkan anak2 pulak - mandi, makan.


9.00 - 
Baju dah siap dalam washing machine. Sidai baju lak. Anak mula main and gaduh2 pulak. Cuba leraikan. Baju still tak siap jemur - tergendala.


10.00 -
Tengok dalam peti. Pikir nak masak apa untuk lunch, kalau boleh sekali ke dinner. Baby nangis. Opps, kena tukar lampin. Anak yang no 3 nak minum air lak, buat air. Abg ngan kakak dia pun nak air. Sorang nak air oren, sorang nak milo. Baby nak susu, tiba masa nak tidur.


11.00 -
tidurkan baby lak.. kena baring sekali dengan dia. Kalau tak tak nak tidur. Ambil peluang relakskan badan. Baby tak leh nak tidur sebab abg dan kakak2 dia buat bising dan main dekat area baby nak tidur. Marah and tukar lokasi, cuba tidurkan baby lagi. Finally, dia tidur, time untuk masak lunch pulak.


12.00 -
Masak menu hari tu. Masak nasi. Tengah siang ikan/ ayam, dengar baby nangis. Baby terkejut. Tutup api dapur, gi redakan baby menangis. Sambung masak. Anak dah keluar masuk dapur komplen lapar. 


1.00 -
Bagi anak2 makan. Sambil tu makan jugak sekali. Habis makan, basuh pinggan dan kemas dapur lepas masak tadi. Solat dan paksa anak2 rehat. Masa ni dah around pukul 2.30ptg, baby pun dah ngantuk balik. Anak2 tidur, Angkat baju. Lipat mana yang boleh dulu sebelum decide tu rehatkan badan.


3.30 - 
kids aktif balik. Rumah bersepah balik dan anak2 lapar balik. Masak tea. Kemas permainan dan rumah balik. Lepas makan tea, kemas dapur balik.


5.00 - 
anak2 nak ke taman permainan. Ikut ke taman. Bawak semua ke taman. Tunggu kids main kat taman. Kena paksa main sekali. 


6.30 - 
Balik, mandikan anak2. Masak dinner. Kemas dapur.
Husband balik. Rumah kena bersih.


7.30 -
Makan malam. Kemas pinggan mangkuk. Ada baju lum lipat lagi - buat esok. Gosok baju - pun esoknya. 


9.00 - 
Ajak anak2 tidur. Tidurkan baby. Tidur jugak sebab dah letih..


Okay la. Ni kira secara umumnya, lebih kurang macam ni lah kot aturan hidup seorang ibu yang jaga anak2 kat rumah. Penuh dari pagi sampai malam. So, bila masa la real housewives ni buat apa yang diorang tunjuk kat TV tu..siap ada masa nak gi bersosial dan yang sewaktu dengannya. Mungkin faktor umur anak tu memainkan peranan jugak la. Tapi kalau dah sehari dok kemas jer, nak keluar pun dah tak larat. Betul tak?



 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada