Reality Crazy

Sunday, November 7, 2010

Sekarang ni banyak betul cerita realiti yang orang putih produce. Realiti tv shows ni umumnya ada 2 jenis. Satu kategori pertandingan. Ni termasuklah Survivor, The Apprentice, The Amazing Race, American Idol, America's Next Top model, America's Got Talent, The Bachelor, The Biggest Loser, So you Think You can Dance, The Contender dan sangat2 banyak lagi.


Kategori yang kedua adalah diary/blog like reality tv shows. Ni yang jenis cerita apa yang jadi dalam kehidupan dia dan keluarga dia. Contoh adalah The Kardashians, Giuliana and Bill, The Osbournes, Paris Hilton, Jersey Shore, Real Housewives of New Jersey(salah satu tempat yang dibuat cerita ni. Ada beberapa tempat lain), Kimora Life in the Fab Lane, American Chopper dan lagi sekali, banyak lagi dalam senarai ni. Ada yang kita tak pernah tengok. Ada yang kita pernah dengar tapi I found a site listing all the reality shows yang ada, pheewww, what a loonnngggg list.


Kat Malaysia pun dah mula ada kegilaan realiti tv ni. Kebanyakannya realiti tv berkaitan dengan pertandingan. So far tak pernah tengok lagi realiti tv bersiri tentang kehidupan kecuali yang meliputi persediaan kahwin Mawi/ Ekin dan our own astronaut, Syeikh Muszafar and spouse. Itu pun kira mini-mini siri je sebab hanya menyentuh aspek2 persediaan diorang masa kahwin.


Syukur jugak la bila kat MAlaysia ni lum ada sesape yang giler sangat glamor sampai kena buat realiti show tentang diri dia. Bayangkan anda kena sentiasa bersedia dengan smart dan perlu kelihatan menarik dan sopan (or not), agar anda dan rancangan tv anda mendapat sambutan penonton. Kalau ada yang sanggup, mungkin akan munculla di kaca tv tak lama lagi. 



 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada