What a week..

Saturday, November 13, 2010

Alhamdulillah, hujung minggu dah tiba. Minggu ni minggu yang sememangnya sibuk untuk myself. Dengan ketiadaan maid sepanjang minggu ni (dan minggu2 seterusnya), dan percubaan pertama meninggalkan anak2 di Taska terdekat sebelum ke sekolah. Tak de masa untuk mencoret apa2 kat blog sepanjang minggu ni. Agak sayang sebab dah ada momentum pada minggu sebelumnya. Now ni kena la build up momentum lagi. 

Dalam kekalutan dan kerisauan, Syukur Alhamdulillah diberikan pula oleh Yang Esa kelapangan dan dipermudahkan urusan bila dapat tau sekolah mula cuti dari Raya Haji ni. Mana tak kalut dan risau, hari Selasa yang lepas I had to attend kursus sehari di Shah Alam. Dua anak yang kecil di tinggal di Taska, takpelah. Yang abang dengan kakak diorang (Std 2 dan 3) terpaksa tinggal di rumah untuk urus diri sendiri. Syukur ada jiran yang boleh mintak tolong tengok2kan.

Pada separuh orang apa yang I lalui ni memang takde hal untuk diri mereka sebab selama ni pun mereka uruskan rumahtangga tanpa bantuan pembantu rumah pun. Tapi bila dah sekian lama ada orang membantu, memang terasa kelam kabut untuk uruskan seorang diri semula.
Jadi, hari ni entri hari ni is a tribute untuk semua ibu-ibu yang bekerja dan menguruskan rumah serta anak2 bersendirian. It is certainly not easy. It involves a lot of sacrifice and patience and commitment. Memang letih. No time for yourself kecuali waktu tengah malam bila semuanya dah tidur, atau waktu pagi sebelum semuanya bangun semula.

Anyway, minggu depan dah mula cuti sekolah. Mungkin lebih entri yang boleh di updatekan lagi. InsyaAllah..
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada