Majlis cukur jambul anak sedara

Sunday, February 6, 2011

Ada ahli baru dalam keluarga kami. Baru sebulan. It's a girl! Jadi as for all newbies in the family, MIL buat sikit kenduri kesyukuran / doa selamat / majlis cukur jambul utk the new addition. Alhamdulillah everything berjalan lancar and nothing untoward happened. Cuma semalam banyak org buat kenduri kat tempat lain.. So yang datang fairly distributed in numbers.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Budak bandar jumpa tanah

Tuesday, February 1, 2011

Ni lah dia rupa budak yang dok rumah batu takde @ kurang tanah bila balik kampong. Sanggup berpanas untuk main pasir and tanah. Maklum je lah bila kat rumah sendiri tanah sekangkang kera. Nak main kat luar kawasan pagar takut kena culik pulak. Nak betul2 enjoy main atas tanah ni dgn selamat, kat kampung jea lah jawabnya. Nasib baik rumah nenek diorang ni laman dia boleh tahan luas. Boleh la buat lepas gian nak main kat luar rumah..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tragedi balik kampung

Cuti seminggu. Mesti balik kampung suami. Yealah, almaklum jarang dapat balik. Everytime balik, perjalanan 6 jam pasti di tempuh. Kalau musim raya, 6 jam tu boleh jadi 12 jam jugak.
Anyway, ari ni bukan nak cerita tentang perjalanan balik kampung. Ada perkara tak di duga berlaku. Beg baju kepunyaan me hilang dalam perjalanan. Selalu dengar org naik flight hilang beg tapi ni naik kereta. Memang tak berapa logik.
Kereta me ada luggage conpartment on top untuk memastikan yang anak2 dapat tempat duduk yang selesa. Jadi ada lah beg2 yang dok dalam carrier atas tu. Memang carrier semua ada kunci tapi rasanya kunci tak masuk tempat betul2 semlm. Maka jadilah kesah luggage terbang tanpa terperasan semalam.
Hemm, harap2nya takde kereta yang kena or berlanggar sebab nak elak beg tengah2 jalan tu. Dan harap2nya ada lak yang baik hati ketepikan atau lebih baik simpankan.
Semua ni kena lihat positive side kot. Positive side dia -
1. Berat muatan berkurangan dan kegunaan minyak berkurangan.
2. Ada chance dapat beli baju baru ganti baju yang hilang tu.
3. Lepas ni famous la me disebabkan kejadian ni..akan dikenali sebagai "the id**t yg hilang beg tu" hehehe.
Adoii!! Memang malang tak berbau. Kalau ada bau dah boleh jangka jadi dan ambil tindakan siap2 kan?
Apa nak buat..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada