Cerita sepanjang 6 bulan...

Monday, May 23, 2011

Lama tak update my blog. Berbulan-bulan dah and bermacam2 yang berlaku. Ada yang releven, ada yang tak. Ada yang personal, Ada yang not so.

Cerita di sekolah.

Sejak tahun lepas, dah beberapa pelajar tempat I mengajar passed away. Kebanyakannya disebabkan kemalangan jalanraya. Seorang disebabkan sakit. Konklusi di sini - Kalau anak belum sampai umur yang layak untuk menggunakan kenderaan, TOLONGlah JANGAN bagi anak tersebut bawa mana2 kenderaan, samada motor mahupun kereta.. Yang menangisi kan ibubapa jugak. Kalau dibenarkan awal2 lagi kita seolah2 meredhai kejadian2 itu. Memang, tak siapa nak benda tak elok berlaku. Tapi bayangkan, hati, emosi remaja di bawah umur ni yang BELUM matang mengawal dan merasa KEHEBATAN membawa kenderaan berkuasa.. Hati muda, darah panas... fikir2kan lah...

Keputusan peperiksaan awam sekolah. Alhamdulillah, ramai yang berjaya.. Ramai juga yang tak kemana. Yang bersusah payah lepas tu, mak ayah jugak. So far belum dengar lagi ada yang dah dikahwinkan. Kebanyakan buat kerja sambilan berdekatan rumah. Cari pengalaman sebelum melangkah lebih jauh. Moga pengalaman itu mendewasakan, dan pengalaman itu akan berguna suatu hari nanti.

Kes2 disiplin di sekolah. Makin hebat. Awal2 tahun dah ada kes curi, kes gaduh, kes buli.. makin lama di sekolah, makin banyak kes kronik yang menjelma. Curi laptop pelawat luar - itu yang paling memalukan. Curi duit cikgu - itu yang tak boleh di maafkan. Kes bertumbuk dalam kawasan sekolah - suasana panas menjadikan semua cukup sensitif dengan usikan. Kes buli membuli -  Tingkatan 1 dah mula tunjuk belang.. Yang pening cikgu disiplin. Yang geleng kepala guru kelas dan guru mata pelajaran. Nak di marah, anak orang. Tak di marah, anak orang yang di amanahkan. nak di pukul, anak orang. Lagipun dah besar panjang mcam tu mana lah boleh dah nak di ajar dengan rotan. Guna psikologi, budak tu pun pandai. Dia psiko cikgu dia balik. Tapi bila tengok muka budak2 yang nakal dan kurang ajar ni, dalam hati timbul rasa kesian. Kesian kat budak tu, kesian kat ibu bapa dia. Sebab semuanya mesti ada hujung pangkalnya kan?

Cerita di rumah.

Disimpan di rumah. Yang penting anak2 tiada yang sakit teruk, alhamdulillah syukur. Semua cukup makan dan cukup pakaian, Alhamdulillah syukur.

So sampai lain kali. Tak tau bila dapat mood nak menulis lagi.. Adios amigos!
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada