Samsung Galaxy Tab 10.1? The thinnest and lightest tablet ever?

Tuesday, June 28, 2011

Perlumbaan tablet computer sekarang ni makin hebat...Panas, Panas... tak terikut dah ni. kena sentiasa bersedia tunggu company mana keluar yang lebih baik dari yang sebelumnya.


iPad 2 belum pun habis sampai ke tangan pembeli yang order dan menunggu sekian lama untuk dapat stock seterusnya, dah keluar pulak Samsung Galaxy Tab 10.1. Dikatakan yang paling ringan dan paling slim antara tablets yang ada di pasaran. Lebih ringan dari iPad dengan skrin yang lebih besar. Kapasiti camera pun lebih dari iPad (3megapixel).. Platform digunakan is Android Honeycomb (so far no problems dengan users smartphone and tablet terdahulu Samsung)


Yang paling best Tab ni ada Adobe Flash Player Compability. Maksud dia? Boleh la main game2 yang ada kat facebook yang bebanyak tu.... Tapi kalau nak tengok perbandingan yang terperinci boleh la you all tengok kat blog keemanxp ni. (click pada nama dia tu nanti terus gi ke site yang mention Samsung comparison dgn iPad2.) Blog ni best untuk orang yang suka tau the updates terkini tentang smartphones and tablets. Boleh la check the site out...

iPhone 5 coming soon?

Monday, June 27, 2011

http://www.emocutez.com

Alamak, bagi pengguna-pengguna iPhone4 yang terikat dengan kontrak belian selama 18 hingga 24 bulan...kena telan airliur la nampak gayanya. Ni berita terbaru, iPhone 5 nak keluar. Lagi canggih lagi hebat, katanya. Bila keluar? Tak tau lah pulak. Diorang ni kan suka buat SURPRISE!


Hebat camner iPhone5 ni? Tak tau secara detailnyer. Boleh tukar jadi sudu garfu kot. Tak pun boleh tolong mandikan bila time malas nak mandi. Ataupun boleh jadi almari bergerak. Nak tukar baju, tekan iPhone ni, baju pun keluar dari skrin dia..Siap boleh tukarkan sekali agaknya.. 


Hehe..tapi seriously, ada article kat dunia maya ni yang kata iPhone 5 memang dalam proses. Upgrade ada kaitan dengan iOS 5 yang dah diperkatakan oleh Apple, penggunaan iCloud (iPad apps), Specs yang semakin tip top dan in-built camera kat iPhone tu ( 8 megapixel? boleh nampak bulu roma kalau amik gambar dekat-dekat ni...)


Tapi kalau nak baca oiriginal article dia, please click kat gambor dibawah. Thank you..




~ macam tau tau je nak keluar iPhone 5. Sabar menunggu... kah kah, iPad2 pun tak lepas beli lagi..
tapi terimalah pantun 3 kerat nih..

"iPhone, iPad, iTunes, 
bila nak dapat?
aiyoyo iDunno..."

http://www.emocutez.com



Pilih kawan - releven nya zaman ini

Sunday, June 26, 2011

Orang tua tua kata, berhati-hati memilih kawan. Itu pepatah melayu. Kalau omputih pun ada jugak yang lebih kurang. "A friend can either make you or break you". Maknanya lebih kurang la dg yg atas tadi.
Dulu-dulu, kita berkawan bila kita bersua muka. Boleh tengok riak muka, baca bahasa badan dan boleh rasa sendiri "chemistry" rakan baru tu. Boleh ke tidak? Ok ke tak? serasi ke tak?
Tapi sekarang, nak berkawan semua pakai gambar je. Lifeless and sometimes truthless. Lagi2 zaman ni, semua boleh edit dan boleh modify. Yang buruk jadi cantik, yang senget jadi lurus, yang berjerawat jadi licin, bak kata semua yang x betul, jadi betullah.
So kalau dulu kena berhati-hati, sekarang ni bukan lagi berhati-hati. Sekarang ni kena betul-betul memilih kawan. Kriteria dia? Yang ni kajian diperlukan... So till lain kali.. Wassalam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tak Boleh kata Tidak padanya....huhu

Fb ni dah memang dah memang jadi permanent fixture dalam diari ni. Tiap2 hari mesti masuk FB and tengok-tengok status kengkawan yang lain. Nak telefon tanya khabar takut mengganggu so Fb ni kira next best thing untuk keep up to date lah..


TETAPI...(hah, tu dia. Sebesar-besarnya) bila I masuk Fb ada 2 benda jer yang memotivasikan diri ni untuk hari-hari menuju ke meja dan mengadap laptop nih. 
1. Sebab yang kat atas tadi tu lah. - meng"up-to-date"kan diri dengan ceriter dan berita kawan-kawan (samada jauh atau pun dokek yo)


2. Ni sebab yang lebih merbahaya sebab kalau dah mula, kengkadang tak boleh nak berhenti.. 
               Main Game!!


Kat Fb ni memang banyak game yang di letakkan kat situ untuk entertain semua pengguna Fb ni lah (melekakan?) tapi yang I main takde lah semua. Tapi sebab semuanya jenis RPG, maka tu lah yang kekadang mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang (saya lah tu) sebab 


dok teringatkan masa tanaman dah cukup masa nak tuai, 




tunggu masa makanan dah cukup time nak hidang dan 


bila nak jadi tauke tuan punya bandaraya yang berjaya...


Kengkadang tu sampai nak banjir status kengkawan yang lebih berjaya menahan diri dari terjebak penuh dengan "invite2" untuk macam2 barang.. 
http://www.emocutez.com I mintak maaf ye kengkawan...kadang2 tak tengok pun nama sape yang keennnaaa.. Jadi harap2 bersabar sebab biasanya semua ni dalam satu fasa..panjang atau pendek tu tak tau...


Maka ni nak ucap terimakasih la kepada yang melayan dan yang benar2 sabar bila status update penuh dengan update yang menunjukkan http://www.emocutez.com I takde kerja lain yang lebih menguntungkan ni...huhu



Diari minggu 2 Sem 2

Saturday, June 25, 2011

Diari cikgu,  minggu kedua,  semester dua

Minggu ni memang memenatkan. Memandangkan sesi sukan tahun 2011 dah dipekelilingkan dibuat semester kedua ni, maka mula lah keadaan huru hara kat sekolah dengan persiapan Hari Sukan, Sukantara, latihan atlet rumah sukan, perbarisan dan sebagainya.
Hari Rabu yang lepas, hari Sukantara yang boleh dikatakn telah berjalan dengan lancar. Tak seperti tahun2 lalu, tahun ni pelajar semua datang ikut waktu sesi masing2. Jadi pelajar tak lah penat sangat dgn paginya datang sekolah, petangnya belajar. Tahun2 lepas, sukantara berlangsung sampai dekat seminggu, sehari satu rumah sukan. Agak leceh. Tahun semuanya beres sekali, di hakimi oleh cikgu yang sama so takde citer tak adil atau sebaliknya.
Minggu ni jugak, minggu terakhir guru kelas memasukkan dan mengemaskini markah peperiksaan pertengahan tahun yang baru lepas. Hari Terbuka pun dah dekat jadi banyaklah bendanya yang nak dibuat. Cikgu-cikgu kerja kalau boleh nak menyingsing lengan dah ni. Semuanya terkejar-kejar nak melaksanakan tugas masing2.
Dan disebalik huru hara ni semua, kelas perlu tetap berjalan lancar dan seperti biasa sebab ujian akan tetap dijalankan pada tarikh yang ditetapkan.

Adoii, tak sabar nak tunggu semua acara besar ni selesai. Untuk diri ni, sedang melakukan semampu yang boleh dan sebaik yang mampu...kerana tugas itu satu amanah dan amanah itu perlu dilakukan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan. InsyaAllah.

Majulah Sukan Untuk Negara

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada