Diari minggu 2 Sem 2

Saturday, June 25, 2011

Diari cikgu,  minggu kedua,  semester dua

Minggu ni memang memenatkan. Memandangkan sesi sukan tahun 2011 dah dipekelilingkan dibuat semester kedua ni, maka mula lah keadaan huru hara kat sekolah dengan persiapan Hari Sukan, Sukantara, latihan atlet rumah sukan, perbarisan dan sebagainya.
Hari Rabu yang lepas, hari Sukantara yang boleh dikatakn telah berjalan dengan lancar. Tak seperti tahun2 lalu, tahun ni pelajar semua datang ikut waktu sesi masing2. Jadi pelajar tak lah penat sangat dgn paginya datang sekolah, petangnya belajar. Tahun2 lepas, sukantara berlangsung sampai dekat seminggu, sehari satu rumah sukan. Agak leceh. Tahun semuanya beres sekali, di hakimi oleh cikgu yang sama so takde citer tak adil atau sebaliknya.
Minggu ni jugak, minggu terakhir guru kelas memasukkan dan mengemaskini markah peperiksaan pertengahan tahun yang baru lepas. Hari Terbuka pun dah dekat jadi banyaklah bendanya yang nak dibuat. Cikgu-cikgu kerja kalau boleh nak menyingsing lengan dah ni. Semuanya terkejar-kejar nak melaksanakan tugas masing2.
Dan disebalik huru hara ni semua, kelas perlu tetap berjalan lancar dan seperti biasa sebab ujian akan tetap dijalankan pada tarikh yang ditetapkan.

Adoii, tak sabar nak tunggu semua acara besar ni selesai. Untuk diri ni, sedang melakukan semampu yang boleh dan sebaik yang mampu...kerana tugas itu satu amanah dan amanah itu perlu dilakukan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan. InsyaAllah.

Majulah Sukan Untuk Negara

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada