Perpustakaan "Rumah kedua ku" di Selangor

Saturday, August 20, 2011

Hari ni I brought my anak-anak melawat Perpustakaan Selangor yang baru. Memang brand new. Semuanya cantik and shiny lagi.. Hari ni rasanya sempat melawat bahagian kids je. Walaupun hati ni teringin nak gi check out bahagian2 lain dalam library ni tapi for today tak boleh nak tinggal kids kat bahagian kanak2. So todays visit hanya di bahagian kids section sahaja. Hari ni, mungkin sebab hari Sabtu, memang ramai sangat kanak2 kat bahagian ni..bukan cam library tapi macam pasaraya pun ada. So untuk adults yang nak membaca agak menstresskan lah. But ada bahagian lain for those yang nak silence..
Hari ni my kids are all occupied kat bahagian kanak2 ni. Yang lelaki (my first born) doesn't like to read much, to my dismay. So first 30 minutes dia ambik masa ronda2 tempat ni. Then ada komputer free, so now dia tgh enjoying himself doing what he likes most - exploring computers. Anak perempuan ku (both of them) tengah baca buku demi buku demi buku... Dan yang umur2 tahun pun ada tengah enjoy main dalam kawasan library ni...

Rating - 5 star. Lain kali boleh bawak budak2 ni datang lagi.. Oh ya obviously wifi pun ada coz here I am updating my blog... Thumbsup!

Ps gambar kena upload kemudian coz tgh guna blogspot instead of blogpress...so kena la tunggu.. Tq.

Isu mubaligh dan gereja, siapa yang pandai sebenarnya?

Thursday, August 18, 2011

Salah satu tajuk yang di utarakan dalam Buletin Utama TV3 semalam - Guru Tusyen ajar nyanyi lagu Kristian. Wah, mula-mula dengar tajuk tu timbul jugak perasaan tak percaya dan terkejut. Lepas tu bila dengar intipati berita dia, hilang rasa terperanjat tu. Sebab apa? Rupanya yang jadi guru tusyen tu mubaligh Kristian, yang bukak pusat tu dah masuk 5 tahun dah. Baru sekarang ada orang nak komplen. Dah berapa ramai anak melayu kat kawasan tu selama 5 tahun yang lepas yang dah belajar dan entah2 hafal lagu berunsurkan kristian tu. Kenapa sekarang baru ada yang perasan? Masa mula-mula diorang masuk kampung, buka pusat tusyen tu takde yang pantau ke?


Kan modus operandi Mubaligh Kristian memang macam tu? Correct me if I am wrong tapi cara lembut dan memujuk ni memang cara mubaligh Kristian nak tarik ahli-ahli baru diorang sejak zaman berzaman. Masa orang kita berkira-kira nak bagi tusyen percuma kat anak bangsa sendiri, mubaligh ni sanggup tinggal keluarga dan masuk pelusuk tempat-tempat yang diorang sendiri tak tau wujud untuk mengembangkan ajaran diorang. Tapi diorang ni memang sabar. Mula-mula tu tak ada sebut pasal agama. Cuma nak bantu. Orang yang tersisih mesti terima jer bantuan yang dihulurkan. Dah orang nak bagi, why not? Lagi2 bila kaum sendiri buat tak tahu dan tak kisah. Terutama bila kaum sendiri ada mentaliti "No money No talk" sedangkan mubaligh diorang tu berslogan " No Matter what we will be there for you!"


Bukan pasal kelas-kelas tambahan jer. Pasal duit bantuan pun satu hal jugak. Kenapa timbul isu rakyat miskin tak dapat bantuan? Kenapa ada isu orang yang perlu duit pergi ke gereja minta bantuan? Salah gereja ke atau Salah orang kita? Kenapa susah sangat nak salurkan duit zakat tu? Adakah duit tu kepunyaan sesiapa? Bukan ke duit zakat yang dikumpul banyak2 utk rakyat yang perlu bantuan jugak? Kenapa banyak sangat "red-tape"? 


Bila duit nampak banyak, mungkin makin susah nak bagi pada orang walaupun duit tu bukan kita yang punya.... Badan kutipan zakat bukan Bank. Jadi kenapa terlalu berkira? Kalau orang datang mohon bantuan, bermakna memang dah terdesak sangat nak perlukan bantuan tu sebab bukannya mudah nak menebalkan muka dan meminta duit daripada orang..


Ini pandangan dan pendapat saya yang masih cetek ilmu yang diperoleh dari pemerhatian serta apa yang didengar. Mungkin juga pendapat ni salah tapi saya juga perlu belajar. Jadi kalau salah boleh diperbetulkan pendapat di atas dengan memberi komen.. Terimakasih.

Entry from iPadku....

Tuesday, August 16, 2011

This is my first entry in blogspot using an iPad. Alhamdulillah, Ada rezeki juga nak merasa iPad ni. I just love the technology. and I am thus far loving my iPad. Still need to update several things on it since the wifi kat rumah is at the moment practically non-existent. So banyak lagi benda nak dibuat atas iPad nih.

Will keep on posting on what's of interest.
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada