Isu mubaligh dan gereja, siapa yang pandai sebenarnya?

Thursday, August 18, 2011

Salah satu tajuk yang di utarakan dalam Buletin Utama TV3 semalam - Guru Tusyen ajar nyanyi lagu Kristian. Wah, mula-mula dengar tajuk tu timbul jugak perasaan tak percaya dan terkejut. Lepas tu bila dengar intipati berita dia, hilang rasa terperanjat tu. Sebab apa? Rupanya yang jadi guru tusyen tu mubaligh Kristian, yang bukak pusat tu dah masuk 5 tahun dah. Baru sekarang ada orang nak komplen. Dah berapa ramai anak melayu kat kawasan tu selama 5 tahun yang lepas yang dah belajar dan entah2 hafal lagu berunsurkan kristian tu. Kenapa sekarang baru ada yang perasan? Masa mula-mula diorang masuk kampung, buka pusat tusyen tu takde yang pantau ke?


Kan modus operandi Mubaligh Kristian memang macam tu? Correct me if I am wrong tapi cara lembut dan memujuk ni memang cara mubaligh Kristian nak tarik ahli-ahli baru diorang sejak zaman berzaman. Masa orang kita berkira-kira nak bagi tusyen percuma kat anak bangsa sendiri, mubaligh ni sanggup tinggal keluarga dan masuk pelusuk tempat-tempat yang diorang sendiri tak tau wujud untuk mengembangkan ajaran diorang. Tapi diorang ni memang sabar. Mula-mula tu tak ada sebut pasal agama. Cuma nak bantu. Orang yang tersisih mesti terima jer bantuan yang dihulurkan. Dah orang nak bagi, why not? Lagi2 bila kaum sendiri buat tak tahu dan tak kisah. Terutama bila kaum sendiri ada mentaliti "No money No talk" sedangkan mubaligh diorang tu berslogan " No Matter what we will be there for you!"


Bukan pasal kelas-kelas tambahan jer. Pasal duit bantuan pun satu hal jugak. Kenapa timbul isu rakyat miskin tak dapat bantuan? Kenapa ada isu orang yang perlu duit pergi ke gereja minta bantuan? Salah gereja ke atau Salah orang kita? Kenapa susah sangat nak salurkan duit zakat tu? Adakah duit tu kepunyaan sesiapa? Bukan ke duit zakat yang dikumpul banyak2 utk rakyat yang perlu bantuan jugak? Kenapa banyak sangat "red-tape"? 


Bila duit nampak banyak, mungkin makin susah nak bagi pada orang walaupun duit tu bukan kita yang punya.... Badan kutipan zakat bukan Bank. Jadi kenapa terlalu berkira? Kalau orang datang mohon bantuan, bermakna memang dah terdesak sangat nak perlukan bantuan tu sebab bukannya mudah nak menebalkan muka dan meminta duit daripada orang..


Ini pandangan dan pendapat saya yang masih cetek ilmu yang diperoleh dari pemerhatian serta apa yang didengar. Mungkin juga pendapat ni salah tapi saya juga perlu belajar. Jadi kalau salah boleh diperbetulkan pendapat di atas dengan memberi komen.. Terimakasih.
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada