Balik KL

Sunday, September 4, 2011

Assalamualaikum.

Lepas selesai beraya selama seminggu, time untuk semua orang balik ke penempatan masing-masing..Dan seperti tahun-tahun yang sudah, jumlah kereta yang berada atas jalanraya tetap banyak dan berduyun2. In fact tahun ni rasanya bilangan kereta atas jalan memang bertambah secara exponential!

Jalan depan rumah mak mertua I nampak congested dari seawal 10 pagi sampai kul 2 pagi.. Usuallynya kitorang boleh la mula head back home dalam tengahmalam atau pun kul 11 pm. Tapi tahun ni bila tengok kereta yang lalu depan rumah tu, haii...raa tak sanggup nak tempuh.. So tahun ni, at this very moment, @ 4 in the morning, kitorg baru sampai Kuala Krai lepas an hour and a half bertolak dari rumah.

Mengikut bancian statistik tak rasmi, seramai 2 juta rakyat Kelantan balik tiap2 tahun..and dari 2 juta tu rasanya kalau boleh semua nak bawak balik kereta sendiri. Bila tengok laman rumah kat sini musim raya ni, satu rumah mau ada 3 - 4 buah kereta.. Bila time nak beraya masa raya pertama dan kedua, memang bercinta nak gi keluar rumah.. Jadi tak terkejut la kalau time balik kampung and balik KL selalu jadi haru biru.

Yang baiknya, kenderaan tak boleh bergerak lajumana pun. Dengan itu secara tersendirinya perjalanan menjadi lebih selamat sebab kelajuan purata is 70 km sejam jer...


- Posted using BlogPress from my iPad
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada