Ketelusan berita di internet - teluskah ia?

Monday, December 5, 2011

Hari minggu baru ni (semalamla) seperti biasa menggemaskini diri dengan membaca berita2 terkini (atau yg suam suam kuku) dekat internet ni. Usual source adalah yahoo Malaysia. Then dari situ I would move to other pages.

Anyway, semalam ada satu cerita yang buat I do a bit of blogwalking (yang lama dah tak buat sebab tak sempat bukan sebab sombong). Cerita pasal Apex yg glamer bukan saje pasal kebolehan dia tapi juga sebab cerita panas peribadi dia. Okay, tapi kat sini I tak nak cerita pasal dia sebab I memang pun tak kenal dia and I pun tak tau cerita dia dari A sampai Z.

Yang I nak cerita is the seriousness of the story sampaikan you all boleh baca cerita dia dari bukan je dada akhbar, tapi jugak dari kepala sampai ekor from macam2 blog DAN forum..Mak oiii, kalah artis camni. by now, kalau baca blog2 yang ada, biasalah u get bukan je cerita dari dua belah pihak, sampai 3 - 4 belah pun boleh..hmmm, yang mana satu betul pun tak tau. Yang nampak buruk and teruk adalah tuan empunya badan yang jadi bahan berita. Sian bila baca. Habis yang buruk2 dicanang dan digembar gemburkan. Tapi itulah berita yang orang nak baca and tau dan yang paling teruk sebarkan.

Kesahihan tak tentu lagi tapi berita dah bergerak dari JB ke Perlis. Kalau zaman dulu orang kata sepantas burung garuda terbang..tapi la nie, tak mustahil..betapa senang and mudahnya nak mulakan gosip dan fitnah. Contohnya I pun boleh mengaku jadi girlfriend Abang Anuar Zain kalau nak just by writing and commenting at the right places at the right moment. kadang2 dgn kepintaran yang disalahgunakan, semua yang tak betul pun boleh jadi betul..

Yang membaca pun, dengan perasaan nak tak nak percaya bila dah nampak bukti yang cenonet pun boleh jadi 100% percaya. But I am telling you all. Malaysians are the most gullible people in the world...including myself. Tak caye? Cuba you all observe and perhatikan sekeliling you all...

I tak nak say too much about that. So my two cents if woryh any pun is that when you all membaca apa2 cerita kat internet ni samada dari sumber yang "sahih" atau sumber yang diragui ataupun sumber sumber air yang lain, please bear in mind that you are reading it. You DID NOT SEE it, you DID NOT HEAR it from the person yourself nor did you EXPERIENCE it for yourself. Sedangkan kalau dengar dari mulut orang berkenaan pun, dia boleh kelentong kita..apatah lagi kalau sumber tu kita cuma baca. so baca je kalau nak baca. But keep in mind what you read might not be what you get...

Ps: if u all nak baca pasal Apex tu, just search je kat google or yahoo and click enter..boleh la baca macam2 kat situ.

- yours truly-
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada